Amir Syafiq, calon PSM untuk kawasan DUN N48 Skudai dalam PRN Johor 2026, menghadapi pertembungan empat penjuru.
Jangan potong belanjawan kesihatan awam
PSM bersama-sama 63 buah organisasi menyuarakan bantahan terhadap rancangan Kementerian Kewangan Malaysia yang hendak memotong belanjawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 10% atau RM4.65 bilion.
Kesihatan awam bukan barang mewah: Bantahan terhadap pemotongan belanjawan KKM
Kerajaan perlu mengemukakan pecahan terperinci dan telus mengenai bentuk pemotongan yang dicadangkan, termasuk kategori perbelanjaan yang terlibat dan jumlah penjimatan bagi setiap kategori.
“Sabtu milik rakyat, Ahad untuk ilmu”: PSM Perak kemukakan 6 tuntutan rakyat
PSM Negeri Perak melancarkan kempen yang bertema “Sabtu Milik Rakyat, Ahad Untuk Ilmu”.
Hari Kesihatan Sedunia 2026: Pertahankan sistem kesihatan awam daripada ancaman pengkomersialan
Hari Kesihatan Sedunia seharusnya menjadi peringatan bahawa kesihatan ialah hak, bukan komoditi. Negara kita mesti memilih sama ada untuk memperkukuhkan sistem berasaskan solidariti sosial, atau membenarkan sistem dua lapis yang meminggirkan golongan majoriti.
Kesihatan itu hak asasi manusia sejagat: Jangan berniaga dengan kesihatan
Kesihatan sepatutnya merupakan perkhidmatan yang sejagat, iaitu setiap orang boleh mengakses dan menggunakannya apabila dia memerlukannya, tanpa mengira orang itu kaya atau miskin. “Tiada masyarakat boleh secara sah menggelarkan dirinya bertamadun jika seorang yang sakit dinafikan bantuan kerana tidak mampu bayar,” kata Aneurin Bevan, Menteri Kesihatan Britain pada tahun 1940-an yang mengasaskan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu.
Parlimen harus beri perhatian dalam perkukuhkan sistem kesihatan awam dan jamin keadilan akses
Sistem kesihatan bukan sekadar isu teknikal atau fiskal; ia mencerminkan komitmen negara terhadap keadilan sosial. Malaysia telah membina sistem kesihatan awam yang dihormati di rantau ini. Namun, tanpa campur tangan dasar yang tegas dan berpaksikan kesaksamaan, kita berisiko mewujudkan sistem dua darjat yang meminggirkan majoriti rakyat.
Strategi “RESET” KKM yang bermasalah
Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?
Boikot Melati Ehsan – “Kamu roboh rumah kami, kami boikot bisnes kamu!”
Organisasi-organisasi masyarakat sivil melancarkan kempen memboikot Melati Ehsan, syarikat pemaju yang telah merobohkan rumah-rumah penduduk Kampung Jalan Papan tanpa penyelesaian rumah alternatif dan terus mengancam penduduk-penduduk yang masih tinggal di situ.
Dana awam untuk perkukuhkan kesihatan awam, bukan untuk jamin keuntungan korporat swasta
Memperkukuhkan sistem awam pasti dapat menjamin kelestarian, keadilan dan ketahanan negara dalam menghadapi krisis kesihatan pada masa hadapan.
