Pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital di negeri Perak menyeru kepada pengundi-pengundi di kawasan DUN N48 Ayer Kuning supaya menyokong Bawani KS, seorang calon yang tegas membela nasib pekerja.
JPKK gesa semua parti politik peduli pada masalah pekerja kontrak kerajaan
JPKK mengemukakan tuntutan pekerja kontrak kerajaan untuk PRU-15 kepada gabungan parti politik utama.
Kontraktor kerajaan enggan bayar gaji minimum RM1,500 kepada pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis kerajaan
Walaupun gaji minimum RM1,500 mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, tetapi syarikat kontraktor yang mengupah pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis kerajaan memberi pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan pembayaran gaji minimum RM1,500.
Jamin perlindungan sosial, hapus sistem kontrak untuk pekerja kontrak sokongan bangunan kerajaan
Tuntutan jaminan perlindungan sosial pekerja menjadi perkara dan isu yang sangat mustahak kerana ia melindungi beratus ribu pekerja yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan secara kontrak di premis-premis kerajaan khususnya.
Pekerja pembersihan sekolah Sabak Bernam dibayar gaji tertunggak 4 bulan selepas beraksi di Putrajaya
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam yang mengadakan aksi protes dan bersedia untuk berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 29 Mac 2022 akhirnya mendapat bayaran gaji mereka yang sudah tertunggak selama 4 bulan.
Pekerja pembersihan sekolah Sabak Bernam beraksi di Pejabat PM – Tuntut pembayaran gaji tertunggak 4 bulan
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam yang tidak dibayar gaji selama 4 bulan, mengadakan aksi protes dan berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri untuk mendesak penyelesaian kemelut mereka dengan serta-merta.
Pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam tidak dibayar gaji 3 bulan
Pekerja-pekerja pembersihan dari 19 buah sekolah di Sabak Bernam berpiket di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam kerana mereka tidak menerima gaji lebih 3 bulan!
Berani berjuang, berani menang! – Catatan Arul mengenai kempen konvoi pekerja pembersihan hospital
Slogan semasa perjuangan pekerja Ladang Asahan ialah “Berani Lawan, Berani Menang”. Hari ini, kita juga berkata benda yang sama. Berani lawan, Berani menang! Hanya kaum pekerja yang lawan sahaja boleh membawa ke depan nasib pekerja dan memartabatkan kaum pekerja.
Konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital akhirnya bertemu Menteri Kesihatan
Selepas bermotosikal sejauh lebih 500 km, rombongan konvoi pekerja pembersihan hospital akhirnya dapat bertemu dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaladdin dan menyerahkan memorandum tuntutan pekerja kepadanya.
Hari ketiga konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital
Kempen konvoi Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS) memasuki hari ketiga.