Sistem Aduan Pekerja (SiAP), satu inisiatif terbaru aktivis-aktivis pekerja untuk menerima aduan dan memperkasakan pekerja dalam memperjuangkan hak asasi pekerja, dilancarkan secara rasminya dalam satu sidang akhbar siaran atas talian pada hari ini (5 November 2020).
SiAP merupakan sistem pengaduan atas talian yang diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang memperjuangkan hak pekerja seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM). SiAP menyediakan talian hotline bernombor 011-10767989 untuk para pekerja membuat aduan atau meninggalkan pesanan mengenai masalah yang berkaitan dengan pekerjaan.
Waktu operasi untuk talian hotline 011-10767989 ialah pukul 9 pagi hingga 5 petang (Isnin-Jumaat), namun pengadu masih boleh menghantar mesej WhatsApp kepada nombor yang sama 24 jam setiap hari. Khidmat nasihat yang diberikan oleh hotline SiAP ini adalah percuma. Hotline SiAP ini dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan-sukarelawan. Aduan yang diterima akan direkodkan dan diserahkan kepada penyelaras SiAP yang terdekat dengan pengadu untuk tindakan susulan. Kes yang dikendalikan oleh SiAP adalah kes yang berkaitan dengan pekerjaan, seperti pemberhentian kerja, gaji tidak dibayar dan masalah lain di tempat kerja.
Menurut Geetha Anbalagan, penyelaras yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan SiAP, matlamat pengwujudan SiAP ini adalah untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Malaysia akibat daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara kita. Ramai pekerja tidak tahu apa yang patut dilakukan atau tidak tahu pergi ke mana untuk mengadu, maka SiAP menyediakan satu saluran untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja dan memberikan khidmat kaunseling. SiAP juga berfungsi untuk memperkasakan pekerja dengan kesedaran mengenai hak pekerja. Pekerja-pekerja akan dibekalkan dengan sumber yang diperlukan untuk membela diri sekiranya menghadapi penindasan di tempat kerja dan memperjuangkan hak mereka.
“Pekerja-pekerja biasa tidak mempunyai ‘orang besar’ atau entiti untuk memperjuangkan isu mereka. Mereka biasanya berasa keseorangan diri apabila cuba memperjuangkan isu mereka. SiAP boleh memberi sokongan kepada pekerja supaya dia tidak berasa bersendirian,” ulas Geetha.
Selain itu, kes-kes yang berkaitan dengan kesan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja juga akan didokumentasikan melalui aduan yang diterima oleh SiAP, dan statistik kes yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan dasar-dasar pekerja.
Kes-kes yang dilaporkan kepada SiAP akan ditujukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Kaunseling yang diberikan melalui SiAP adalah percuma. Aduan yang diterima dan dikendalikan oleh SiAP adalah meliputi semua pekerja di Malaysia, termasuk pekerja migran atau pekerja yang bukan warganegara tetapi duduk di Malaysia.
M. Sivaranjani, Penyelaras JPKK yang juga merupakan Penyelaras Biro Pekerja PSM, berkata dalam sidang akhbar pelancaran SiAP, “Kita sedang berada dalam satu keadaan yang amat mencabar, di mana pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Ramai pekerja hidup dalam ketakutan setiap hari kerana bimbang menjadi mangsa kepada jangkitan COVID-19. Satu lagi tekanan yang hebat pada pekerja adalah tekanan dari segi ekonomi dan ancaman kehilangan kerja.”
“Terdapat trend kadar pengangguran telah meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dari 3.9% pada bulan Mac meningkatkan ke 5.3% pada bulan Mei 2020. Walaupun kadar pengangguran menurun setelah beralih kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), iaitu 4.9% pada bulan Jun dan 4.7% pada bulan Julai dan Ogos 2020, tetapi masih tinggi berbanding dengan kadar 3.3% sebelum ini. Statistik kerajaan juga menyatakan bahawa jumlah pekerja yang menganggur adalah sekitar 741,600 orang pada bulan Ogos 2020. Namun, ini hanya angka untuk mereka yang bekerja di sektor formal sahaja, bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di sektor tidak formal? Ramai pekerja kontrak berada di sektor tidak formal. Jadi, angka yang sebenar mungkin lebih tinggi daripada apa yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) juga berkata lebih daripada 2 juta orang mungkin kehilangan kerja. Banyak majikan mengambil kesempatan pandemik COVID-19 untuk membuang kerja atau mengurangkan gaji pekerja. Oleh sebab begitu banyak masalah yang dihadapi oleh pekerja, maka mereka memerlukan satu platform di mana mereka boleh mendapatkan nasihat berkenaan dengan masalah yang dihadapi mereka dan sokongan untuk memperjuangkan nasib mereka,” ulas Sivaranjani.
Chong Yee Shan, Pegawai Perhubungan Perusahaan untuk Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), juga berkata, “SiAP ini dapat membekalkan ilmu kepada pekerja-pekerja untuk memperjuangkan hak mereka. Ramai pekerja tiada pengalaman ataupun pengetahuan tentang bagaimana menuntut hak mereka. Dengan adanya SiAP ini, kita boleh memberikan bantuan serta-merta secara online atau WhatsApp dengan memberikan informasi tentang bagaimana mereka boleh menuntut hak pekerja. Dengan adanya ilmu untuk memperjuangkan hak pekerja, pekerja-pekerja dapat diperkasakan dan menjadi berani untuk melawan penindasan terhadap mereka.”
Bagaimanakah caranya untuk saya dapat menyuarakan hak hak saya dan membuat aduan pekerja terhadap majikan yang tidak bertanggungjawb agar dapat disampaikan dn didengarkan dan diambil tindakan yg sewajarnya org pihak2 berwajib? Tolonglah Bantu saya supaya majikan ini dikenakan tindakan agar semuay orang dapat hak sebagai seorang pekerja
Saudara, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) di talian 011-10767989 atau Biro Pekerja PSM di talian untuk dapatkan khidmat nasihat 010-2402159
Gangguan mental tempat kerja, bos terlampau garang dan bagi tekanan jiwa.
Housekeeping di KPJ Bukit Mertajam ke? Ada aduan yang sama. Majoriti pekerja terdiri daripada warga asing. Tempatan hanya ada 9, 20 Bangladesh berpermit dan 34 Myanmar lelaki perempuan kan. Supervisor Norhasyimah Othman dan Pengurus Mohd Tahir Ahmad. Laporan dah dibuat sejak Outsourcing Officer Jaslelawati tetapi beliau bersubahat memfitnah Eksekutif Kontrak Duraclean Cik Nurul Husna Zabidi sehingga menyebabkan beliau ikuti sessi Terapi kerana alami Panic Anxiety Attacks yg menyebabkan beliau bekerja dengan pengurus toksik. Pengurus dan Penyelia pura baik di hadapan orang tetapi dgn staff sendiri, macam TRex. Garang dengan pekerja lebih 77 tahun. Pastu gaji nak bayar cash untuk warga tempatan walaupun terangan menjadi kesalahan bayar gaji Tunai tanpa akaun
Bagaimana cara untuk menuntut hak atau maruah saya sebagai pekerja level pengurus.. dalam waktu yang sama saya telahpun di tukar jabatan dan reputasi kerja saya telah di rendah-rendahkan oleh pihak pengurus atasan saya dengan menyebarkan cerita yang negetif tentang kerja saya terhadap pekerja bawahan di cawangan kedai.. Hal ini menyebabkan saya sering ambil mc kerana selalu menghadapi migraine dn stress dalam tempat kerja.. minta pihak tuan bantu saya. T. Kasih
Muaz Force Sdn.Bhd. yang mendapat kontrak di Hospital Tuanku Fauziah gagal melangsaikan tunggakan gaji minimum Pengawal Keselamatan sejak Jun 2022 hingga November 2022 dengan alasan tiada bayaran dari KKM
Sy kerja sbagai kerani production di kilang tilex alloy casting sdn.bhd.
Emak sy pesakit seorg sakit jantung …kadang kadang sy kena ambil cuti Tanpa gaji. (UL) tapi sy smu bukti sy bagi sy Saya dpt warning letter….sy tunjuk bukti pun majikan sy bagi warning…..majikan ckp akta 1955 ade rules enak boleh kasi warning letter…..kalau ade bukti pun….sy dah stress..skrg depression..