Kesatuan Perkhidmatan Pembersihan Hospital-Hospital Kerajaan amat kesal dengan rentetan kenyataan media secara unilateral yang dikeluarkan oleh Exco Sumber Manusia Perak yang dilihat berat sebelah, mengecewakan, dan cuba memperkecilkan aduan rasmi pekerja serta pihak Kesatuan.
Gerakan pekerja abad ke-19 (Siri Revolusi Dunia – 12)
Gerakan pekerja pada abad ke-19 telah meninggalkan warisan penting kepada gerakan pekerja selepasnya, dari abad ke-20 hingga abad ke-21. Banyak pencapaian dan pembaharuan yang dapat dinikmati oleh golongan pekerja di banyak negara hari ini, seperti hak mengundi sejagat, hak berkesatuan, hak untuk perundingan bersama, jam kerja sehari yang lebih pendek, hari rehat pada hujung minggu, kesamarataan gender, pencen warga emas, insurans kemalangan tempat kerja, keselamatan tempat kerja, kesihatan awam yang percuma, pendidikan percuma dan sebagainya, merupakan hasil daripada usaha perjuangan yang dimulakan oleh gerakan pekerja pada abad ke-19.
Kesatuan pekerja pembersihan sangkal kenyataan EXCO Perak yang berat sebelah: Hospital tidak boleh lepas tangan daripada tanggungjawab menjaga keselamatan dan maruah pekerja wanita
Isu ini bukan sekadar pertikaian pekerjaan, tetapi melibatkan maruah, keselamatan dan hak pekerja wanita untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat, terjamin dan bebas daripada sebarang bentuk ugutan atau gangguan.
Tingkah laku EXCO DAP Perak yang mengecewakan dan menjijikkan
Bagaimana seorang Ahli EXCO kerajaan negeri, yang sepatutnya mewakili kepentingan semua termasuk pekerja boleh mengadakan mesyuarat dan sidang akhbar tanpa berunding atau menjemput kesatuan yang mewakili pekerja?
Kenapa kita sambut Hari Pekerja Antarabangsa?
Kita menyambut Hari Pekerja Antarabangsa pada 1 Mei setiap tahun. 1 Mei bukan sekadar hari kelepasan am atau cuti umum untuk “menghargai” sumbangan pekerja-pekerja kepada pembangunan negara, tetapi ia merupakan hari yang penuh bermakna untuk memperingati perjuangan pekerja di seluruh dunia selama ini yang telah membolehkan kita menikmati hak-hak pekerja hari ini, di samping terus mengangkat semangat perjuangan pekerja itu untuk mempertahankan hak-hak pekerja dan memajukan lagi usaha membebaskan masyarakat kita daripada segala bentuk eksploitasi dan penindasan.
Itali: Pekerja bermogok untuk bersolidariti bersama Palestin
Apa yang berlaku pada 3 Oktober 2025 di Itali merupakan sesuatu yang jarang sekali berlaku sebelum ini, iaitu aksi mogok politik besar-besaran yang mengangkat semangat solidariti antarabangsa dan menentang imperialisme. Ini sesuatu yang memberangsangkan dan memberi inspirasi kepada gerakan pekerja di merata tempat di dunia.
India: 250 juta pekerja dan petani mogok bantah dasar anti-pekerja
Platform Bersama Kesatuan Sekerja Pusat (CTU) menganjurkan aksi mogok sehari di seluruh India untuk membantah dasar-dasar anti-pekerja yang diamalkan oleh kerajaan berhaluan kanan pimpinan Narendra Modi.
Pekerja perlukan lebih daripada kad diskaun MADANI
Apabila ahli-ahli kesatuan sekerja diberikan kad diskaun oleh Kerajaan MADANI, adakah kesatuan-kesatuan sekerja dijangka juga akan memberi diskaun kepada kerajaan apabila mereka memperjuangkan hak pekerja?
Kesatuan pekerja gesa KWSP tarik pelaburan daripada syarikat yang pecat pemimpin kesatuan
NUTEAIW menggesa KWSP supaya mengambil tindakan terhadap syarakat HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd. yang memecat 5 orang pemimpin kesatuan secara tidak adil.
Solidariti bersama NUHBRW: Semangat perjuangkan hak boleh dorong lebih ramai pekerja sertai kesatuan sekerja
PSM bersolidariti bersama-sama dalam perjuangan pekerja-pekerja Hotel Sheraton di Kuala Lumpur.
