Screenshot_2020-07-19 Thai protesters call for government to resign
(foto oleh Chalinee Thirasupa / REUTERS)

Walaupun perhimpunan massa telah diharamkan di bawah undang-undang darurat koronavirus di Thailand, tetapi masih terdapatnya ribuan rakyat Thailand yang berani tampil ke hadapan dan berhimpun pada 18 Julai 2020 di Bangkok, untuk menuntut penggubalan perlembagaan baru, pilihanraya baru dan pemansuhan undang-undang yang represif di negara itu.

Demonstran yang terdiri daripada kebanyakannya anak-anak muda telah berkumpul di sekeliling Tugu Pringatan Demokrasi yang terletak di persimpangan Lebuh Ratchadamnoen dengan Jalan Dinso di Daerah Phra Nakhon di pusat bandar Bangkok. Tugu Peringatan Demokrasi telah dipagarkan dan “dihiaskan” dengan pokok-pokok kecil untuk mencegah demonstran daripada menduduki kawasan di sekitarnya. Pagar dan pokok-pokok hiasan sudahpun didirikan oleh pihak berkuasa di Tugu Peringatan Demokrasi sejak lebih kurang dua tahun yang lalu untuk tujuan menghalang protes di situ, dan pihak berkuasa telah menambahkan lebih banyak lagi pokok hiasan kelmarin. Tugu Peringatan Demokrasi merupakan tempat popular untuk aksi-aksi protes, khusunya protes yang pro-demokrasi, sejak tahun 1970-an.

20200719-109697530_3327723607267161_1402295142395941678_n
(foto oleh Prachatai)

Aksi protes yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan pro-demokrasi yang bergelar “Gerakan Anak Muda Pembebasan” ini mengemukakan 3 tuntutan utama, iaitu:

  1. Membubarkan parlimen yang didominasi oleh Parti Palang Pracharath yang menyokong Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha, dan mengadakan pilihanraya yang baru.
  2. Pihak berkuasa harus menghentikan gangguan terhadap rakyat yang mempraktikkan kebebasan untuk bersuara.
  3. Menggantikan perlembagaan sekarang yang bersifat autoritarian dengan perlembagaan baru yang bertujuan untuk memanfaatkan rakyat terbanyak.

Pihak berkuasa Thailand menganggap perhimpunan ini haram kerana melanggar peraturan sekatan pergerakan diperkenalkan sejak bulan Mac lalu untuk menangani wabak COVID-19. Namun, ugutan dan ancaman daripada pihak berkuasa tidak menghalang rakyat Thailand, khususnya golongan generasi anak muda, untuk menyuarakan aspirasi mereka untuk memperjuangkan demokrasi. Aksi protes pada 18 Julai 2020 ini telah berlangsung dari waktu petang hingga tengah malam.

20200719 - 109894723_3329025170470338_7996696588637161550_o
(foto oleh Prachatai)

Protes semalam merupakan aksi massa yang terbesar sejak Kerajaan Thailand mengisytihar darurat pada bulan Mac lalu untuk menangani ancaman pandemik COVID-19. Sebelum sekatan pergerakan dikenakan oleh Kerajaan Thailand, sudahpun tercetusnya satu gelombang protes yang menentang Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha pada bulan Februari 2020 berikutan tindakan mahkamah yang membubarkan Parti Maju Masa Depan (Future Forward Party), parti politik pembangkang yang kedua besar dalam Parlimen Thailand yang berpendirian pro-demokrasi dan anti-tentera. Aksi protes tenggelam untuk seketika selepas beberapa kluster jangkitan koronavirus ditemui dan undang-undang darurat diperkenalkan.

Langkah-langkah sekatan pergerakan dan penjarakan sosial telah membantu dalam membendung penularan koronavirus, tetapi pada masa yang sama juga memberikan kuasa yang lebih besar kepada Kerajaan Thailand yang sudahpun bersifat autoritarian untuk dijadikan senjata politik dalam melenyapkan suara pembangkang.

Suasana politik di Thailand kembali hangat semula pada bulan Jun 2020 apabila seorang aktivis politik yang hidup dalam buangan di Kemboja telah diculik oleh sekumpulan orang yang tidak diketahui identiti.

Selain itu, ekonomi negara Thailand yang mula menunjukkan kemerosotan dari segi kadar pertumbuhan ekonomi sejak tahun lalu telah menjadi semakin teruk akibat impak pandemik koronavirus. Semakin ramai pekerja dan rakyat bawahan di Thailand mengalami masalah pengangguran dan kehilangan punca pendapatan. Ini turut menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Thailand pimpinan Prayut.

Screenshot_2020-07-19 Thai protesters call for government to resign(1)
(foto oleh Chalinee Thirasupa / REUTERS)

Perdana Menteri Thailand sekarang, Prayut Chan-o-cha, mula berkuasa sejak tahun 2014, selepas dia mengetuai satu rampasan kuasa ketika dia masih merupakan Ketua Tentera untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik pada masa itu. Prayut kemudiannya mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2019, selepas satu pilihanraya yang penuh kepincangan. Perlembagaan Thailand terbaru yang digubal pada tahun 2017 ketika pemerintahan tentera selepas kudeta tahun 2014 pimpinan Prayut, telah memperkenalkan lebih banyak lagi peruntukan undang-undang untuk melindungi kepentingan kekuasaan tentera dan memastikan parti politik yang didominasi pihak tentera untuk terus berkuasa.

20200719-110033093_3329025460470309_7062382086437327310_o
(foto oleh Prachatai)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s