PSM menggesa kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan yang bertanggungjawab, segera, telus dan berkesan supaya menangani masalah jerebu rentas sempadan yang membelenggu rakyat jelata di rantau Nusantara.
Jangan roboh rumah penduduk Jinjang Selatan sebelum selesaikan isu pampasan
Penduduk-penduduk dari Jinjang Selatan Tambahan menggesa pihak DBKL supaya menghentikan pengusiran paksa terhadap mereka.
Perancis: Api kemarahan rakyat sedang membara
Gelombang protes yang melanda negara Perancis ini merupakan manifestasi kemarahan rakyat terhadap pemerintahan kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Emmanuel Macron.
Perancis: Gen Z bangkit untuk hak pendidikan
Perancis dilanda gelombang protes baharu sejak 18 September 2026 dengan golongan anak muda berdemonstrasi untuk menyelamatkan sistem pendidikan di negara itu daripada ancaman dasar neoliberal. Aksi protes yang bermula di kawasan pinggir bandar Paris ini merebak dengan cepatnya ke seluruh negara Perancis dalam tempoh tiga minggu.
India: Ribuan ditahan kerana pertahankan demokrasi
Pihak berkuasa India cuba mematahkan kebangkitan anak muda di negara itu dengan mengenakan perintah sekatan pergerakan di ibu negaranya Delhi dan melakukan penahanan besar-besaran terhadap aktivis-aktivis progresif.
India: Protes pelajar berjaya mendesak peletakan jawatan Menteri Pendidikan
Walaupun diserang secara ganas oleh pihak berkuasa, gelombang protes anak muda dan pelajar di India yang hebat berjaya mendesak Menteri Pendidikan di negara itu untuk meletak jawatan.
Jangan potong belanjawan kesihatan awam
PSM bersama-sama 63 buah organisasi menyuarakan bantahan terhadap rancangan Kementerian Kewangan Malaysia yang hendak memotong belanjawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 10% atau RM4.65 bilion.
Orang Asli tuntut perlindungan hak tanah adat
Masyarakat Orang Asli mendesak kerajaan supaya mengiktiraf hak tanah adat masyarakat Orang Asli dan menghentikan perampasan tanah adat Orang Asli di seluruh negara.
Aksi sambutan Hari Pekerja 2026: “Pekerja Bersatu – Tolak Perang, Lawan Rasuah”
Kira-kira 1,000 orang menyertai aksi sambutan Hari Pekerja tahun ini yang bertemakan “Pekerja Bersatu – Tolak Perang, Lawan Rasuah”.
Tolak pameran pembekal senjata genosid
Orang ramai berprotes terhadap pameran pertahanan yang turut disertai oleh syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada jenayah terhadap kemanusiaan.
