20191202_112701
(gambar arkib)

Niat syarikat Edgenta UEMS Sdn Bhd untuk menghancurkan kesatuan pekerja dengan taktik kotor dan keji nampaknya tidak pernah dibatalkan.

Edgenta UEMS, anak syarikat kepada UEM Edgenta, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), telah mengambilalih kontrak pembersihan 22 buah hospital di negeri Perak dan Pulau Pinang daripada syarikat NS Medik mulai 1 Januari 2020.

Namun, Edgenta UEMS telah berniat jahat untuk menghancurkan kesatuan dari awal lagi dan sudah mula membuli pekerja yang menyertai Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) sejak bulan 2019 lagi, iaitu sebelum ia mengambilalih kontrak kerja pembersihan.

Pelbagai taktik kotor telah digunakan oleh Edgenta UEMS untuk mematikan kesatuan. Pekerja telah diugut dan dipaksa oleh penyelia atau penolong penyelia syarikat Edgenta UEMS di setiap hospital untuk mengisi borang permohonan kerja UEMS, surat berhenti kerja, dan surat tawaran kerja UEMS yang telah dikurangkan faedah. Para pekerja tidak puas hati dengan pengurangan faedah dalam surat tawaran kerja oleh Edgenta UEMS dan telah menyatakan bantahan mereka.

Pihak telah membawa isu ini kepada perhatian Kementerian Kesihatan. Selepas perundingan pada 26 Disember 2019, di mana telah dipersetujui oleh semua pihak bahawa pekerja-pekerja yang diupah di bawah NS Medik sebelum ini akan disambungkan perkhidmatan di bawah Edgenta UEMS dan bukannya sebagai pekerja baru, para pekerja mula meminta surat tawaran baru yang mematuhi persetujuan yang dicapai untuk diisi kerana bantahan secara keseluruhan telah dibuat oleh kesatuan melalui surat bantahan kepada Edgenta UEMS. Namun demikian, penyelia dan penolong penyelia Edgenta UEMS di hospital masing-masing telah sengaja melambat-lambatkan pemberian surat tawaran baru dengan alasan mereka tidak menerima apa-apa maklumat daripada pihak atasan. Pekerja terpaksa berulang alik beberapa kali ke pejabat untuk mengambil surat tawaran baru. Penyelia Edgenta UEMS langsung tidak menghiraukan pekerja.

Pada 1 Januari 2020, 6 orang pekerja (4 orang dari Hospital Batu Gajah dan 2 orang dari Hospital Parit Buntar) yang juga merupakan ahli kesatuan KPSPSHKSM, termasuk pemimpin kesatuan setempat, tidak diberi surat tawaran kerja baru dan tidak dipanggil ke kerja. Ini merupakan satu tindakan yang memungkir janji dan berniat jahat.

Amat jelas sekali, Edgenta UEMS memang berniat jahat untuk menghancurkan kesatuan dan memangsakan pekerja.

KPSPSHKSM akan memfailkan kes terhadap pihak majikan Edgenta UEMS di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) berkenaan dengan perkara ini dan terus melawan pemangsaan terhadap pekerja yang menyertai kesatuan.

3 thoughts on “Edgenta UEMS mungkir janji dan terus mangsakan ahli kesatuan pekerja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s