20200104_161922.jpg

IPOH, PERAK: 6 orang pekerja pembersihan di Hospital Batu Gajah dan Hospital Parit Buntar telah memfailkan aduan kes di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, berikutan pembuangan kerja selepas syarikat kontraktor baru, Edgenta UEMS, mengambilalih kontrak kerja pembersihan di hospital mereka bekerja.

Mereka telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak.

Kontrak pembersihan di hospital-hospital kerajaan di negeri Perak dan Pulau Pinangtelah diambilalih oleh Edgenta UEMS dari NS Medik mulai 1 Januari 2020. Edgenta UEMS telah berjanji bahawa semua pekerja akan diserap semula sebagai pekerja dilanjutkan perkhidmatan tanpa sebarang syarat dan tidak akan diberhentikan tanpa sebarang syara. Namun, sekarang janji tersebut telah dimungkiri dan dilanggari dengan tidak memberikan kerja kepada 6 pekerja ini.

Tindakan ini jelas adalah pemangsaan terhadap kesatuan (union busting). Edgena UEMS cuba menghapuskan dan mematikan kesatuan kerana kesemua pekerja itu adalah ahli jawatankuasa kesatuan.

Edgenta UEMS harus memegang kepada janji-janji yang diberi dan 6 orang pekerja ini harus disambung kerja. Pihak syarikat kontraktor harus menghentikan pemerasan dan pemangsaan kesatuan serta-merta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s