20191202_121606
(Gambar arkib) Pekerja-pekerja hospital berprotes di Kementerian Kesihatan pada 2 Disember 2019.

Berikutan protes pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan pada 2 Disember 2019, satu perjumpaan telah diadakan pada 11 Disember 2019 antara wakil Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) dengan wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan, syarikat UEM Edgenta, Edgenta Mediserve dan NS Medik Sdn Bhd.

Hasil daripada perbincangan dalam perbincangan ini, keputusan yang diambil adalah:

  1. Perkhidmatan semua pekerja yang diupah di bawah NS Medik akan disambung di bawah UEMS BUKAN sebagai pekerja baru, tetapi sebagai pekerja yang disambung kerja dengan perkhidmatan sedia ada masing-masing.
  2. Pekerja tidak perlu mengisi apa-apa borang permohonan kerja untuk sambung kerja di bawah UEMS.
  3. Surat tawaran untuk sambung kerja akan diberikan kepada semua pekerja sebelum 20 Disember 2019.

Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan di negeri-negeri utara Pantai Barat telah berprotes sebelum ini kerana kebimbangan terhadap pengambilalihan kontrak pembersihan oleh UEMS daripada NS Medik akan menyebabkan kehilangan faedah sebagai pekerja lama dan juga pemangsaan terhadap kesatuan sekerja yang baru mencapai perjanjian kolektif bersama dengan pihak majikan NS Medik. Para wakil kesatuan telah menyerahkan satu memorandum kepada Dr Dzulkefly Ahmad pada 2 Disember 2019, dan mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Kesihatan dan pihak majikan. Perjumpaan pada 9 Disember 2019 telah memuktamadkan keputusan bahawa pekerja-pekerja yang diupah di bawah NS Medik akan disambung tempoh perkhidmatan apabila UEMS mengambilalih sebagai subkontraktor pembersihan hospital, dan bukannya sebagai pekerja baru.

Kesatuan pekerja sokongan hospital juga menegaskan bahawa akan memastikan pihak majikan berpegang pada janjinya dan akan terus mempertahankan hak pekerja demi kesejahteraan mereka.

BACA LAPORAN SEBELUM INI: Pekerja pembersihan hospital bantah pemangsaan kesatuan

3 thoughts on “Pekerja pembersihan hospital kekal sebagai pekerja lama di bawah kontraktor baru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s