20200102 -c1_1826899

Setelah hampir 7 bulan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam sejarah Hong Kong, nampaknya momentum perjuangan masih kuat lagi apabila melangkah masuk ke tahun 2020.

Sejurus melepasi jam 12 malam memasuki 1 Januari, gas pemedih mata yang pertama untuk tahun 2020 ditembak oleh polis Hong Kong di Mongkok ketika menyuraikan demonstran di situ. Sebelum itu, polis sudah pun menembak meriam air di kawasan itu. Ini telah membuka tirai tahun 2020 di Hong Kong dengan melanjutkan gerakan protes dan pertempuran jalanan yang belum selesai pada tahun 2019.

Aksi perarakan pada 1 Januari ialah acara demonstrasi gerakan pro-demokrasi yang dianjurkan secara tahunan oleh Fron Hak Asasi Manusia Sivil (CHRF), dan biasanya jumlah penyertaan dalam aksi tahunan ini tidak begitu ramai berbanding aksi perarakan pro-demokrasi tahunan pada 1 Julai yang diadakan sempena penyerahan pentadbiran Hong Kong dari Britain kepada China. Namun, wajah masyarakat Hong Kong telah mengalami perubahan yang hebat untuk lebih setengah tahun yang lalu dengan gelombang perjuangan rakyat yang hebat.

20200102-81205188_2634490930170808_3653537999339126784_n.jpg

Ratusan ribu orang jika bukannya sejuta orang telah mengambil bahagian dalam aksi perarakan pro-demokrasi pada 1 Januari 2020, satu jumlah yang terbesar sejak perarakan membantah undang-undang ekstradisi pada 9 Jun 2019 (lebih 1 juta orang) dan 16 Jun 2019 (lebih 2 juta orang). Sebelum perarakan yang mendapat kelulusan polis ini belum tamat lagi, sudah berlakunya pertempuran antara demonstran yang agresif dengan polis, dan gas pemedih ditembak. Belum sampai 3 jam perarakan bermula, pihak polis secara tiba-tiba mengarahkan pihak penganjur untuk menamatkan perarakan, dan hanya memberi tempoh setengah jam untuk menyuraikan hampir sejuta orang demonstran. Pihak polis Hong Kong bukan sahaja tidak memberi apa-apa bantuan untuk membolehkan para peserta perarakan beredar dari situ, malah melakukan pengepungan terhadap peserta aksi yang aman di beberapa tempat. Lebih 400 orang telah ditangkap dengan alasan menyertai perhimpunan haram dan memiliki senjata berbahaya.

Gelombang protes berterusan yang tercetus sejak bulan Jun 2019, bermula daripada bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi yang telah ditarik balik oleh Kerajaan Hong Kong sendiri pada bulan September 2019. Namun, tuntutan demonstran di jalanan sejak itu telah diperluaskan kepada memperjuangkan ruang demokrasi yang lebih besar (termasuk pengundian sejagat untuk memilih Ketua Eksekutif Hong Kong dan semua Ahli Dewan Perundangan) dan membantah keganasan polis yang semakin serius. Sepanjang 7 bulan yang lalu, sudah adanya lebih 1,000 aksi demonstrasi, dari perhimpunan kecil dengan penyertaan ratusan orang sehingga perarakan raksasa dengan penyertaan lebih 2 juta orang. Pertempuran antara demonstran dengan polis, vandalisme dan keganasan juga semakin kerap berlaku. Dalam beberapa bulan yang lepas, sudah lebih 6,500 orang ditangkap kerana terlibat dalam aksi protes, terhadap anak muda yang baru berumur 12 tahun.

Pergolakan hebat di Hong Kong untuk beberapa bulan yang lalu ini, merupakan manifestasi rakyat Hong Kong yang semakin gelisah tentang penghakisan autonomi bandaraya itu oleh pemerintah Beijing dan juga desakan untuk memperluaskan ruang demokrasi yang semakin sempit. Dengan jumlah penyertaan hebat dalam aksi protes pada hari pertama tahun 2020, nampaknya gelombang pemberontakan massa di Hong Kong ini akan berterusan lagi…

20200102-81903131_2634491486837419_3416901063859503104_n.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s