20190830 - 69391399_10162265821385010_8490052443176960000_n.jpg

Satu gelombang kebangkitan masyarakat besar-besaran orang asal Papua sedang melanda West Papua (merangkumpi Provinsi Papua dan Pronvinsi Papua Barat) untuk memperjuangkan penentuan nasib sendiri.

Dalam hampir dua minggu yang lalu ini, orang Papua yang hidup di bawah kezaliman pendudukan tentera Indonesia untuk lebih setengah abad, telah membanjiri jalanan di West Papua. Protes yang dicetuskan daripada kemarahan terhadap rasisme yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Indonesia ini, telah berkembang menjadi gelombang memperjuangkan penentuan nasib sendiri yang terbesar untuk beberapa tahun. Suara lantang tuntutan untuk referendum dan kemerdekaan Papua kedengaran dalam aksi protes rakyat Papua.

Gelombang kebangkitan rakyat Papua terbaru ini tercetus apabila sebuah asrama di Surabaya yang dihuni oleh pelajar Papua dikepung oleh kumpulan nasionalis berhaluan kanan dengan teriakan berbaur perkauman dan kemudiannya diserbu oleh polis Indonesia yang menembak gas pemedih serta menahan 43 orang pelajar di situ. Panggilan “monyet” yang digunakan oleh golongan nasionalis Indonesia terhadap orang Papua telah membangkitkan kemarahan masyarakat Papua secara umum. Sikap rasis dan diskriminasi kaum yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Indonesia dan golongan nasionalis kanan, telah memperkukuhkan keinginan orang Papua untuk memperjuangkan kemerdekaan Papua daripada penjajahan Indonesia.

Protes besar-besaran tercetus di kedua-dua provinsi Papua dan Papua Barat pada 19 Ogos 2019, dengan bangunan kerajaan di bandar besar seperti Manokwari dan Sorong dibakar atau dirosakkan. Protes telah berterusan di merata tempat di West Papua. Bendera Bintang Kejora yang melambangkan kemerdekaan Papua dikibarkan dalam protes dan laungan “Papua merdeka” kedengaran dalam protes.

Kerajaan Indonesia menyekat internet untuk menghalang akses media sosial di tempat berlakunya protes di West Papua. Sekatan internet telah menimbulkan kesukaran dalam mengenalpasti kesahihan berita. Sementara itu, pasukan keselamatan dikerahkan dalam jumlah yang ramai untuk mematahkan protes.

Protes yang membantah rasisme terhadap orang Papua dan menyokong perjuangan West Papua turut berlaku di bandar-bandar Indonesia di luar West Papua.

20190830 - 5d666cef9d776
Aksi protes orang Papua di Jakarta

Dilaporan bahawa polis melepaskan tembakan ke atas demonstran di kabupaten Deiyai pada 28 Ogos 2019 dan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, semasa ribuan orang Papua berdemonstrasi di situ untuk menuntut referendum kemerdekaan. Ribuan orang berprotes di Jayapura pada 29 Ogos 2019, dan menduduki bangunan kerajaan di situ.

Protes masih berlanjutan tetapi ancaman penindasan daripada kerajaan Indonesia masih hebat. Kita patut bersolidariti dengan rakyat Papua yang sedang memperjuangkan hak untuk menentukan nasib sendiri.

Tandatangan petisyen online di sini.

20190830-IMG_20190826_190903_compress12-741x486
Aksi perarakan orang Papua di Kabupaten Paniai. 

2 thoughts on “Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s