Panji Merdeka

oleh Penah Merah Lenin Bumi bergegar, rumahku dibakar, Kampungku hancur, kebebasanku ditegar, Akanku melangkah, biar sukar, Perjuangan kemerdekaanku, masih mekar. Api dipotong, air dikunci, Wang dijunjung, majikanku keji, Aku sabar, hatiku suci, Kini Tercetus sudah, api panji. Upah sekupang, peluh sebaldi, Lawan sekarang, bila lagi, Kaum buruh, hancur rantai gari, Kemerdekaan adalah realiti.

Sekolah mana yang cetuskan perkauman – Sekolah Vernakular atau Sekolah Kebangsaan? Parti politik mana yang cetuskan perkauman – Parti Satu Kaum atau Parti Berbilang Kaum?

oleh S. Arutchelvan Dari manakah Wan Ahmad Fayhsal, Ketua ARMADA BERSATU, mendapat hujah dan fakta bahawa sekolah vernakular perlu dimansuhkan secara berperingkat kerana ia adalah antara faktor yang membantutkan integrasi kaum di negara ini? Apakah kajian yang Ketua ARMADA itu bentangkan untuk kita menyokong pandangannya? Beliau juga berkata bahawa usaha berkenaan perlu menjadi keutamaan agenda … Continue reading Sekolah mana yang cetuskan perkauman – Sekolah Vernakular atau Sekolah Kebangsaan? Parti politik mana yang cetuskan perkauman – Parti Satu Kaum atau Parti Berbilang Kaum?

Ilmu kunci pemikiran terbuka (Wawancara bersama Al Jafree Md Yusop)

(Siri wawancara “Kesenian dan Keadilan Sosial” - 01) Bersempena dengan bulan Merdeka ini, Sosialis.net akan mula menerbitkan siri wawancara khas bersama dengan beberapa orang pengamal seni untuk membincangkan “Kesenian dan Keadilan Sosial”. Dalam wawancara yang pertama dalam siri ini, Sosialis.net menemuramah Al Jafree Md Yusop, seorang penulis lakon layar dan pengarah filem mandiri yang pernah … Continue reading Ilmu kunci pemikiran terbuka (Wawancara bersama Al Jafree Md Yusop)

Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

Satu gelombang kebangkitan masyarakat besar-besaran orang asal Papua sedang melanda West Papua (merangkumpi Provinsi Papua dan Pronvinsi Papua Barat) untuk memperjuangkan penentuan nasib sendiri. Dalam hampir dua minggu yang lalu ini, orang Papua yang hidup di bawah kezaliman pendudukan tentera Indonesia untuk lebih setengah abad, telah membanjiri jalanan di West Papua. Protes yang dicetuskan daripada … Continue reading Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

MERDEKA

oleh Dr. Nasir Hashim Negara Ku ... Tanah air Ku Tabah menunggu janji-janji mu itu Setia bersatu ... berbudaya maju Merdekalah diri .. jangan belenggu Merdekalah diri wahai warga ku Negara menitis air mata sayu Kerana negara dicengkam dajal perpecahan Sesat memuja budaya bangsat Wahai warga Merdeka Bangunlah diri dari dunia alpa Terbenam dalam dunia keangkuhan … Continue reading MERDEKA

Bila UMNO kalahkan Komunis?

oleh S. Arutchelvan Saya berasa agak kelakar apabila Najib mengatakan dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Gombak bahawa UMNO dulu kalahkan Komunis, takkan hari ini takut lawan Pakatan Harapan (PH). Saya harus memperbetulkan Najib dari segi fakta bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah dikalahkan oleh UMNO, malah satu perjanjian perdamaian bersama telah ditandatangani untuk menamatkan … Continue reading Bila UMNO kalahkan Komunis?

55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

Erti Merdeka dalam zaman “Malaysia Baru”

31 Ogos 2018 menandakan ulangtahun ke-61 Semenanjung Malaysia mencapai kemerdekaan. 31 Ogos juga merupakan hari Sabah mencapai pemerintahan sendiri pada tahun 1963 sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia sekarang), Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Negeri Sarawak pula mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963 sebelum bergabung dalam Malaysia; Singapura keluar dari Malaysia … Continue reading Erti Merdeka dalam zaman “Malaysia Baru”