Revolusi Haiti (Siri Revolusi Dunia – 06)

Revolusi Haiti merupakan satu-satunya pemberontakan hamba yang berjaya dalam sejarah. Revolusi Haiti melahirkan sebuah negara baharu yang bebas daripada perhambaan. Haiti menjadi negara berdaulat pertama yang diasaskan oleh golongan bekas hamba kulit hitam, dan negara moden kedua di Hemisfera Barat yang mencapai kemerdekaan daripada kuasa imperialis Eropah, selepas Amerika Syarikat. Haiti juga merupakan negara berdaulat pertama di Amerika yang menghapuskan perhambaan secara berkekalan, enam dekad lebih awal berbanding Amerika Syarikat.

Perjuangan kelas sebelum kapitalisme (Siri Revolusi Dunia – 01)

Pertentangan kelas sentiasa ada selagi masyarakat kelas itu masih wujud. Perjuangan kelas boleh tercetus apabila pertentangan kelas itu tidak dapat lagi dibendung, sama ada dengan cara yang lembut atau keras. Perjuangan kelas yang hebat pada zaman sebelum wujudnya kapitalisme pernah berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Di mana adanya ketidaksamarataan, ketidakadilan, perhambaan, pemaksaan dan penindasan, di situ semestinya timbul perjuangan kelas untuk mengubah keadaan.

Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

Satu gelombang kebangkitan masyarakat besar-besaran orang asal Papua sedang melanda West Papua (merangkumpi Provinsi Papua dan Pronvinsi Papua Barat) untuk memperjuangkan penentuan nasib sendiri. Dalam hampir dua minggu yang lalu ini, orang Papua yang hidup di bawah kezaliman pendudukan tentera Indonesia untuk lebih setengah abad, telah membanjiri jalanan di West Papua. Protes yang dicetuskan daripada … Continue reading Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri