Kuba: Referendum rakyat luluskan Kanun Keluarga yang paling progresif

Negara Kuba telah meluluskan Kanun Keluarga yang boleh dikatakan paling progresif di dunia pada masa kini selepas hampir 67% warga Kuba yang mengundi dalam referendum menyokong undang-undang baharu ini. Kanun Keluarga Kuba yang baharu ini telah memperluaskan hak wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya dan minoriti seksual di sisi undang-undang, di samping menakrif semula makna sebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada kasih sayang, maruah manusia dan tanpa diskriminasi.

Chile: Rakyat undi gubal perlembagaan baru untuk buang warisan Pinochet

Setahun selepas gelombang kebangkitan rakyat yang hebat sejak bulan Oktober 2019, jutaan rakyat Chile yang mengundi dalam referendum pada 25 Oktober 2020 telah menyatakan dengan jelas hasrat popular untuk menggubal perlembagaan baru bagi negara Chile supaya menggantikan perlembagaan yang dibuat semasa pemerintahan kediktatoran Augusto Pinochet empat dekad yang lalu. Pinochet berkuasa melalui kudeta tentera pada … Continue reading Chile: Rakyat undi gubal perlembagaan baru untuk buang warisan Pinochet

Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas, mencadangkan semasa berdebat dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini untuk meminda undang-undang pilihanraya supaya pemilihan wakil rakyat dibuat berdasarkan parti bukannya calon, bagi menangani masalah lompat parti dan membanteras rasuah. Cadangan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak berkisar pada isu lompat parti dan sistem pilihanraya baru. Cadangan … Continue reading Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

Satu gelombang kebangkitan masyarakat besar-besaran orang asal Papua sedang melanda West Papua (merangkumpi Provinsi Papua dan Pronvinsi Papua Barat) untuk memperjuangkan penentuan nasib sendiri. Dalam hampir dua minggu yang lalu ini, orang Papua yang hidup di bawah kezaliman pendudukan tentera Indonesia untuk lebih setengah abad, telah membanjiri jalanan di West Papua. Protes yang dicetuskan daripada … Continue reading Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri