20190414- sudan6f4b540b-f092-453f-ad6b-b9587e2c2c8f-shutterstock_10195494hGelombang protes yang menggegarkan benua Afrika baru-baru ini, dengan kejatuhan dua orang diktator, menghidupkan kembali memori kita tentang Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu, yang juga digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring).

Pada tahun 2011, momentum untuk perubahan nampaknya begitu susah disekat. Orang kuat yang berkuasa di Tunisia untuk 23 tahun, Zine El Abidine Ben Ali, dijatuhkan dalam tempoh masa 4 minggu; pemimpin kuku besi yang berkuasa di Mesir untuk 30 tahun, Hosni Mubarak, mengikut jejak langkah sejurus selepas itu apabila diijatuhkan dalam tempoh masa 18 hari. Gelombang protes besar-besaran turut tercetus di Bahrain, Libya, Syria dan Yemen. Perang tercetus tidak lama kemudian di Libya, Syria dan Yemen. Ali Abdullah Saleh yang berkuasa di Yemen untuk 34 tahun digulingkan; sementara Muammar Gaddafi yang berkuasa di Libya untuk 42 tahun dibunuh dalam perang saudara yang melibatkan campurtangan kuasa imperialis. Perang saudara di Libya yang menjadi perang antara proksi kuasa-kuasa besar telah berlarutan untuk lebih 8 tahun sekarang masih lagi berkesudahan. Protes turut di berlaku di negar-negara Arab lain seperti Kuwait, Lubnan, Maghribi, Iraq, Oman, Jordan, Algeria dan Sudan, tetapi tidak sampai berlakunya perubahan besar dalam rejim pemerintahan. Daripada empat buah negara menyaksikan perubahan rejim dalam Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu (Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen), hanya Tunisia berjaya melalui proses transisi kepada sebuah negara yang demokratik, aman dan pluralistik.

20190414 - 479.jpg

Algeria dan Sudan yang turut menyaksikan protes jalanan pada tahun 2011, tidak dapat menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran di negara masing-masing ketika itu. Pada tahun 2019, kebangkitan rakyat yang jauh lebih hebat di Algeria dan Sudan, berjaya menyempurnakan apa yang tidak dapat dilakukan 8 tahun dahulu. Abdelaziz Bouteflika dijatuhkan selepas gelombang protes yang berlarutan untuk 7 minggu, sementara Omar al-Bashir disingkirkan selepas gelombang protes yang tercetus lebih 3 bulan dahulu telah berkembang ke tahap yang akhirnya menggegarkan asas kelas pemerintah.

Namun, perjuangan rakyat di Algeria dan Sudan tidak terhenti di situ. Pengalaman perjuangan rakyat di negara-negara lain dalam Dunia Arab 8 tahun barangkali sudah memberi pengajaran yang penting kepada mereka. Salah satu pengajaran penting adalah, jangan percaya pada elit kelas pemerintah, termasuk pimpinan tentera dan pegawai tinggi rejim lama.

Apa yang berlaku di Algeria dan Sudan dalam dua minggu yang lalu, dengan kedua-dua Abdelaziz Bouteflika dan Omar al-Bashir disingkirkan oleh pimpinan tentera sebagai usaha kelas pemerintah untuk meredakan semangat pemberontakan rakyat dan menenangkan keadaan, bagaikan ulang tayang apa yang pernah berlaku 8 tahun dahulu tetapi di negara lain, khususnya Mesir yang memperlihatkan pihak tentera menculik hasil revolusi bukan sekali tetapi berulang kali!

Untuk mengelakkan apa yang pernah berlaku di Mesir berulang di negara mereka sendiri, rakyat yang bangkit berprotes di Algeria dan Sudan sangat berhati-hati dengan janji yang diberikan oleh pimpinan tentera. Padahal, mereka langsung tidak percaya pada pimpinan tentera.

Demonstrasi di Algeria telah diteruskan selepas penyingkiran Abdelaziz Bouteflika. Demonstran menuntut perletakan jawatan pimpinan rejim lama yang masih kekal dalam kerajaan, begitu juga dengan pimpinan tentera.

Sudanese demonstrators chant slogans during a protest demanding Sudanese President Omar Al-Bashir to step down outside the defence ministry in Khartoum

Di Sudan, selepas Omar al-Bashir disingkirkan oleh pimpinan tentera pada 11 April 2019, rakyat masih kekal berprotes di jalanan, mengingkari perintah kurung yang dikeluarkan oleh pihak tentera. Ahmed Awad Ibn Auf, jeneral tentera yang merupakan Naib Presiden Sudan ketika Omar al-Bashir menjadi Presiden, telah mengisytiharkan dirinya sebagai ketua negara secara de facto dan memperkenalkan darurat untuk 3 bulan sejurus merampas kuasa. Pihak tentera juga mengatakan proses transisi akan mengambil masa 2 tahun. Namun, rakyat Sudan yang inginkan perubahan sebenar menegaskan bahawa mereka tidak akan meninggalkan jalanan selagi pihak tentera tidak menyerah kuasa kepada kerajaan orang awam yang dipilih secara demokratik.

Sehari selepas itu, pada 12 April 2019, kerajaan tentera bersetuju untuk mengurangkan tempoh pemerintahan sementaranya dari 2 tahun kepada “seawal sebulan” dan memindah kuasa kepada kerajaan orang awam. Pada hari yang sama, Ahmed Awad Ibn Auf mengumumkan bahawa dia akan meletak jawatannya dan menamakan Abdel Fattah Abdelrahman Burhan, seorang pemimpin tentera yang dikatakan mempunyai rekod yang lebih bersih berbanding jeneral yang lain dan bukan orang yang dikehendaki oleh mana-mana mahkamah antarabangsa kerana terlibat dalam jenayah perang, sebagai penggantinya. Abdel Fattah Abdelrahman Burhan merupakan salah seorang pimpinan tentera yang berjumpa dengan mereka yang berprotes berdekatan ibupejabat tentera dan mendengar pandangan mereka. Ini merupakan satu lagi kemenangan kepada kuasa rakyat Sudan, kerana seorang lagi yang tidak diingini telah berundur hasil daripada kesungguhan massa rakyat untuk terus berjuang.

Abdel Fattah Abdelrahman Burhan telah mengumumkan bahawa kerajaan sementara akan menstruktur semula institusi negara, membatalkan perintah kurang waktu malam dan membebaskan tahanan politik. Amat jelas sekali ini merupakan usaha pihak tentera yang cuba melindungi kepentingan kelas pemerintah secara keseluruhan untuk menenangkan keadaan dan memastikan kebangkitan rakyat tidak hilang kawalan sehingga mengubah struktur masyarakat secara total.

Persatuan Profesional Sudan (SPA), sebuah organisasi payung yang terdiri daripada 15 buah kesatuan sekerja yang bebas, merupakan tunjang kepada kebangkitan rakyat Sudan terbaru ini. Gerakan kesatuan sekerja yang baru ini telah berjaya menggabungkan kuasa rakyat daripada pelbagai latar belakang untuk menentang rejim yang menyebabkan kesengsaraan hidup mereka.

20190414Sudan-3-750
Alaa Salah, ikon kebangkitan rakyat Sudan yang imejnya viral di laman media sosial baru-baru ini.

Wanita muda juga memainkan peranan yang amat penting dalam kebangkitan rakyat di Sudan. Penglibatan wanita dalam aksi protes merupakan usaha daripada golongan wanita untuk menolak secara terbuka susunan masyarakat yang bersifat patriarki di Sudan. Gambar aktivis muda Alaa Salah bersorak di atas sebuah kereta, telah menular secara viral di laman media sosial dan menjadi lambang yang ikonik untuk kebangkitan rakyat Sudan yang terbaru ini.

Apa yang akan berlaku seterusnya di Algeria dan Sudan, adalah bergantung pada kemampuan kuasa rakyat yang dibina dalam perjuangan setakat ini dalam membawa aspirasi rakyat biasa ke depan. Cabarannya memang hebat, kerana kelas pemerintah tidak akan menyerahkan kuasa kepada rakyat dengan begitu mudah, di samping kuasa-kuasa imperialis dari luar mungkin akan mencampurtangan jika perkembangan kuasa rakyat itu menggugat kepentingan mereka. Banyak pengajaran boleh diambil daripada pengalaman kebangkitan rakyat di negara lain di dunia Arab. Walau apapun, “Musim Bunga Arab” yang datang lewat di Algeria dan Sudan baru-baru ini, akan tercatat dalam sejarah perjuangan rakyat dunia dan apa-apa kejayaan selanjutnya akan menjadi inspirasi kepada rakyat di seluruh dunia untuk terus berjuang demi demokrasi, pembebasan dan keadilan sosial.

One thought on “Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s