20190409- Algeria lgeria_Presidential_Election.JPG_5lwPRMS_t1170.jpgKebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun.

Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya gelombang protes secara spontan yang hebat di seluruh Algeria, demi menyuarakan bantahan terhadap penyambungan Bouteflika sebagai Presiden negara itu.

Aksi protes yang paling awal tercetus pada 16 Februari 2019 di Kherrata, sebuah pekan di utara Algeria. Pada 22 Februari 2019, aksi demonstrasi merebak di bandar-bandar utama Algeria dengan ratusan ribu rakyat turun berprotes di jalanan. Kebanyakan mereka yang berprotes adalah anak muda yang inginkan perubahan. Pada 1 Mac 2019, dijangkakan seramai 3 juta orang turun berdemontrasi di jalanan. Pekerja-pekerja turut mengadakan aksi mogok yang menggugat kelas pemerintah sehingga seorang demi seorang pegawai tinggi kerajaan mula menyeru perletakan jawatan Bouteflika sebagai Presiden.

20190409 - algeria125712-01-05

Bouteflika yang berumur 82 tahun, akhirnya meletak jawatan sebagai Presiden Algeria pada 2 April 2019, menandakan kemenangan kebangkitan rakyat Algeria. Bouteflika pada awalnya mengumumkan pada 1 April 2019 bahawa dia akan berundur apabila tempoh penggalnya tamat, namun kepimpinan tentera yang amat bimbang pada kebangkitan rakyat itu di luar kawalannya telah mendesak Bouteflika untuk meletak jawatannya dengan serta-merta.

Ramai rakyat Algeria telah turun ke jalanan untuk menyambut kejatuhan seorang diktator. Sekali lagi, terbukti bahawa kuasa rakyat mampu menjatuhkan kekuasan diktator. Namun, bagi rakyat Algeria yang inginkan perubahan sebenar, ini hanya satu permulaan.

20190409 algeria.jpg

Kehebatan kebangkitan rakyat Algeria dari bawah yang terbaru ini, telah menggegarkan asas kelas pemerintah di negara itu dan mewujudkan perpecahan di kalangan elit pemerintah, dengan sebahagian besar elit pemerintah termasuk pimpinan tentera akhirnya meninggalkan Bouteflika dan mendesak untuk perletakan jawatannya.

Namun, apa yang pernah kita saksikan dalam revolusi rakyat di Mesir pada tahun 2011, pimpinan tentera yang berkuasa selepas kejatuhan Hosni Mubarak tiada niat untuk membawa proses pendemokrasian dan perubahan sosial lebih maju ke depan lagi, sebaliknya menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menghancurkan gerakan perjuangan rakyat yang menuntut perubahan sebenar di samping cuba mengekalkan imbangan kuasa kelas pemerintah. Perkara yang serupa bakal berlaku sekiranya gerakan rakyat di Algeria tidak menyusunkan dirinya dengan lebih teratur supaya mendesak perubahan yang selanjutnya. Pemimpin negara berubah, tetapi sistem lama masih kekal. Lebih-lebih lagi, kuasa imeprialis seperti Amerika Syarikat pastinya akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk memastikan pergolakan di negara Afrika Utara yang mengeluarkan sumber gas asli ini tidak menjejaskan kepentingan ekonomi dan geo-politiknya. Cabaran untuk rakyat Algeria yang inginkan perubahan sebenar sekarang ini adalah mengubah sistem politik dan sosio-ekonomi secara total, demi pembebasan rakyat yang sebenar dan kesejahteraan masyarakat yang berterusan.

20190409 - algeria.jpg

Algeria mencapai kemerdekaan selepas melalui perang kemerdekaan sengit menentang penjajah Perancis selama lebih 7 tahun (1954-1962) dengan menyaksikan kemenangan Fron Pembebasan Nasional (FLN) yang menjadi kerajaan pemerintah sejak kemerdekaan. Negara Algeria kemudiannya mengamalkan dasar penswastaan dan liberalisasi ekonomi semasa zaman pemerintahan Presiden Chadli Bendjedid pada tahun 1979-1992. Perang Saudara Algeria (1991-2002) tercetus selepas Kerajaan Algeria mengharamkan Fron Penyelamat Islam (FIS) yang menang besar dalam pilihanraya tempatan, meragut nyawa seramai 200,000 orang.

Setelah Bouteflika berkuasa, rejimnya masih meneruskan dasar ekonomi neoliberal yang mewujudkan ketidaksamarataan sosial yang semakin serius dan pengangguran yang meningkat. Jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin melebar dan menyebabkan ketidakpuasan hati yang terpendam lama di kalangan rakyat biasa. Selama ini, Algeria diperintah oleh kediktatoran tentera-polis dengan senyuman ahli politik orang awam. Rakyat biasa sentiasa menghadapi sekatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik secara bebas. Korupsi oleh kelas pemerintah Algeria memang diketahui ramai. Ketika berlakunya kebangkitan rakyat semasa “Arab Spring” pada tahun 2011, Algeria turut dilanda gelombang protes oleh rakyat yang tidak puas hati dengan keadaan pengangguran, kekurangan perumahan, inflasi dalam harga makanan, korupsi, sekatan terhadap kebebasan bersuara dan keadaan hidup yang semakin merosot; namun gelombang protes yang berlarutan untuk lebih setahun itu belum mencukupi kekuatannya untuk menjatuhkan rejim pemerintahan Bouteflika. Algeria mengalami krisis ekonomi sejak penurunan harga minyak beberapa tahun yang lalu. Kerajaan Algeria bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah ketidakadilan sosial yang dihadapi rakyat biasa, sebaliknya menggunakan kekuasaan pemerintahannya untuk mengkayakan segelintir elit yang berhubung rapat dengan parti pemerintah.

20190409- Algeria.jpg

Perletakan jawatan Bouteflika baru-baru ini, tidak mengubah sifat pemerintahan di Algeria secara dasarnya. Rakyat Algeria yang berprotes untuk berminggu-minggu sebelum ini menyedari hakikat ini, maka mereka masih meneruskan aksi untuk mendesak perubahan yang lebih lanjut. Massa rakyat Algeria telah menunjukkan kekuatan dan kegigihan mereka dalam perjuangan hebat dua bulan yang lepas ini. Tanpa apa-apa organisasi yang sedia ada sebelum ini ataupun rancangan yang tersusun, rakyat Algeria berjaya memaksa kelas pemerintah tunduk kepada tuntutan mereka dan melakukan perubahan secara luaran. Sekarang ini, mereka perlu menyempurnakan tugas perjuangan mereka dengan membuang semua elit pemerintah yang masih menduduki posisi kuasa dalam negara itu.

20190409 - algeria468f24864ef14d1ab540492ceb1efb40-468f24864ef14d1ab540492ceb1efb40-d1ec21c082cf4c6bb56e28066e3429c8-0cff0.jpg

20190409 - algeria2019-03-08T215616Z_230837054_RC1978C1A220_RTRMADP_3_ALGERIA-PROTESTS.JPG

 

2 thoughts on “Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s