Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai

Pilihanraya Presiden Algeria yang pertama sejak kejatuhan Presiden Abdelaziz Bouteflika telah diadakan pada 12 Disember 2019, tetapi peratusan keluar mengundi adalah sangat rendah dan undi rosak juga amat banyak kerana pemboikotan oleh rakyat Algeria yang berprotes terhadap sistem politik yang masih belum berubah untuk beberapa bulan yang lepas. Daripada lebih 24 juta pengundi yang berdaftar … Continue reading Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai

Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Gelombang protes yang menggegarkan benua Afrika baru-baru ini, dengan kejatuhan dua orang diktator, menghidupkan kembali memori kita tentang Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu, yang juga digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Pada tahun 2011, momentum untuk perubahan nampaknya begitu susah disekat. Orang kuat yang berkuasa di Tunisia untuk 23 tahun, Zine El Abidine Ben … Continue reading Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem