Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang masih belum dicapai

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun, bukan sekadar untuk memberi penghargaan kepada sumbangan dan pengorbanan golongan wanita kepada masyarakat kita, atau meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang, tetapi yang lebih penting adalah mengingatkan kita semua bahawa perjuangan harus diteruskan untuk menegakkan hak wanita, membebaskan wanita daripada segala bentuk penindasan dan mewujudkan kesamarataan gender.

Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

(Rencana khas Hari Wanita Antarabangsa) Masyarakat manusia dibentuk oleh lelaki, wanita dan golongan minoriti seksual yang lain. Proses kemajuan masyarakat merupakan hasil usaha manusia daripada semua gender, bukannya satu-satu gender sahaja. Walaupun sistem patriarki mendominasi pada kebanyakan masa sepanjang sejarah kewujudan masyarakat kelas di dunia ini, tetapi golongan wanita telah memainkan peranan yang amat penting … Continue reading Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat