Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Sudan: Tentera zalimi rakyat yang berprotes untuk demokrasi

Amat jelas sekali bahawa pihak tentera Sudan bukannya sekutu yang boleh dipercayai dalam memperjuangkan demokrasi di negara yang menjatuhkan seorang diktator baru-baru ini. Pada 3 Jun 2019, tentera Sudan telah menyerbu sebuah tapak protes di Khartoum, ibu negara Sudan, dan melepaskan tembakan ke atas demonstran yang tidak bersenjata sehingga membunuh sekurang-kurangnya 30 orang. Majlis Tentera … Continue reading Sudan: Tentera zalimi rakyat yang berprotes untuk demokrasi

Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Gelombang protes yang menggegarkan benua Afrika baru-baru ini, dengan kejatuhan dua orang diktator, menghidupkan kembali memori kita tentang Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu, yang juga digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Pada tahun 2011, momentum untuk perubahan nampaknya begitu susah disekat. Orang kuat yang berkuasa di Tunisia untuk 23 tahun, Zine El Abidine Ben … Continue reading Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator