Ada apa dengan tahun 1919?

100 tahun dahulu, pada tahun 1919, hampir seluruh dunia dilanda gelombang revolusi dan kebangkitan rakyat. Pada ketika itu, Perang Dunia I baru tamat dengan kehancuran yang teruk khususnya di negara-negara Eropah. Sementara di negara yang dijajah oleh kuasa imperialis, munculnya kebangkitan kesedaran nasionalis yang membawa kepada kebangkitan rakyat yang menentang kuasa imperialis dan susunan masyarakat lama.

Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919

Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

30 April: Hari Penubuhan PSM

  Hari ini, 30 April 2019, menandakan ulangtahun ke-21 penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM). 30 April 1998 menandakan hari lahirnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) apabila pendaftaran untuk PSM dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari itu. PSM telah mengambil masa 10 tahun untuk berjuang mendapatkan pendaftarannya. PSM merupakan sebuah parti politik yang lahir daripada perjuangan … Continue reading 30 April: Hari Penubuhan PSM

Takut apa pada Sosialisme?

(Rencana khas Ulangtahun ke-21 penubuhan PSM) oleh S. Arutchelvan  Beberapa hari yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Soam Heng Choon memberi amaran bahawa negara ini bukan negara Sosialis dan memberi teguran terhadap sebarang niat oleh kerajaan untuk mengawal harga perumahan. Beliau berkata kita kena membenarkan pasaran bebas untuk menentukan harga barangan. Inilah … Continue reading Takut apa pada Sosialisme?

Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

16 tahun dahulu, pada 20 Mac 2003, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iraq dan mencetuskan Perang Iraq yang dahsyat. Pencerobohan tentera AS bersama dengan sekutunya (United Kingdom, Australia dan Poland), menjatuhkan rejim Saddam Hussein (yang pernah disokong AS ketika Perang Iran-Iraq 1980-1988) dengan cara ketenteraan, dan memulakan pendudukan tentera AS di Iraq selama … Continue reading Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?