Ulasan mengenai buku “Mengharungi Titik Noktah” yang ditulis oleh Dr. Nasir Hashim, mantan Pengerusi Nasional PSM.
“Pekerja bukan mesin!”: Percikan api yang masih membara (Ulasan buku “Sebutir Percikan: Biografi Chun Tae-il”)
Buku yang mengisahkan riwayat hidup seorang anak muda yang sanggup mengorbankan nyawanya demi memperjuangkan nasib kelas pekerja ini, bukan sahaja untuk kita memperingati pengorbanan Chun Tae-il yang amat murni dan mengharukan, malah memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang bertekad untuk menegakkan hak pekerja supaya terus mara ke hadapan dalam perjuangan pembebasan masyarakat.
Pedoman daripada buku “Memperkasakan Rakyat: Analisis dan Perjuangan”
Buku “Memperkasakan Rakyat: Analisis dan Perjuangan” tulisan Nasir Hashim telah menganalisis kerangka penindasan rakyat dan impaknya yang tidak dapat dirumuskan dalam satu rencana.
Reviu buku Akar Umbi
oleh Ben Nizari Selesai membaca Akar Umbi, saya sungguh-sungguh memikirkan di manakah agaknya yang saya pernah membaca kisah-kisah sebegini. Selepas beberapa cubaan mengingat akhirnya membawa saya kepada sebuah novel tulisan John Steinbeck yang berjudul In Dubious Battle. Tetapi yang saya baca ialah terjemahannya oleh Muhammad Ridhwan, terbitan DBP tahun 1989. In Dubious Battle adalah kisah … Continue reading Reviu buku Akar Umbi
AKAR UMBI – Buku terbitan PSM yang bawa 16 kisah perjuangan rakyat marhaen
oleh Wan Zamzaihidi Wan Zahid Buku Akar Umbi memaparkan sebahagian daripada kisah-kisah perjuangan rakyat yang ditunjangi oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk melawan kapitalis. Enam belas kisah di dalam buku ini, menceritakan bagaimana getirnya golongan marhaen seperti pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, pemandu dan berbagai golongan lagi yang bangkit berjuang untuk menuntut hak mereka … Continue reading AKAR UMBI – Buku terbitan PSM yang bawa 16 kisah perjuangan rakyat marhaen
Ada apa dengan Manifesto Komunis?
Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?
Kenapa masih perlu baca Das Kapital?
Buku “Das Kapital” yang diterbitkan pada tahun 1867, merupakan salah satu karya pemikiran Karl Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari … Continue reading Kenapa masih perlu baca Das Kapital?