Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Hari Kesihatan Sedunia 2021: Lindungi kesihatan rakyat dunia daripada ancaman virus kapitalis

Krisis pandemik COVID-19 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya untuk sebuah sistem kesihatan awam yang sempurna dalam melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat. Krisis ini juga membongkarkan hakikat bahawa sistem ekonomi kapitalis yang mendominasi dunia kita hari ini telah gagal sepenuhnya dalam mewujudkan sistem kesihatan awam yang mampu menyelamatkan rakyat dunia daripada ancaman kesihatan yang berterusan.

Komun Paris 1871: Pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia

Komun Paris ialah sebuah pemerintahan yang revolusioner dan berbentuk sosialis radikal, yang wujud dari 18 Mac hingga 28 Mei 1871, di bandar Paris, Perancis. Walaupun tempoh kewujudannya yang sangat singkat, Komun Paris sebagai pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada usaha perjuangan pembebasan masyarakat di peringkat antarabangsa.

20 Jun: Hari Pelarian Sedunia – Lindungilah hak pelarian

20 Jun setiap tahun ialah Hari Pelarian Sedunia. Sambutan Hari Pelarian Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi yang dihadapi oleh masyarakat pelarian di seluruh dunia. Hari Pelarian Sedunia disambut setiap tahun selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 55/76. Resolusi tersebut menetapkan bahawa 20 Jun setiap tahun mulai 2001 akan disambut sebagai … Continue reading 20 Jun: Hari Pelarian Sedunia – Lindungilah hak pelarian

Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia

18 Mei 2020 menandakan ulangtahun ke-40 peristiwa Kebangkitan Gwangju di Korea Selatan. 40 tahun dahulu, pada 18 hingga 27 Mei 1980, rakyat di bandar Gwangju dan wilayah Jeolla Selatan yang terletak di barat daya Semenanjung Korea, bangkit secara spontan untuk menuntut demokrasi, tetapi usaha murni tersebut dipatahkan secara kejam oleh pemerintah kediktatoran tentera pada masa … Continue reading Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia

PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

(Berikut ialah tulisan Setiausaha Agung PSM bersempena dengan Ulangtahun ke-22 Penubuhan PSM pada 30 April 2020.) oleh Sivarajan Arumugam 22 tahun telah berlalu sejak penubuhan sebuah parti yang telah mencabar norma politik di Malaysia pada masa itu. Pada 30 April 1998, wakil jawatankuasa penaja parti telah mengemukakan borang-borang penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), walaupun … Continue reading PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

Hari Hak Asasi Manusia Sedunia: Jaminan hidup rakyat bermaruah

10 Disember setiap tahun ialah Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Hari ini disambut untuk memperingati penerimaan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada 10 Disember 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat merupakan dokumen pertama yang diterima di peringkat global untuk menggariskan hak asasi manusia yang merentasi sempadan negara. Kelahiran Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat … Continue reading Hari Hak Asasi Manusia Sedunia: Jaminan hidup rakyat bermaruah

Perjanjian Damai Hatyai 1989: Pengakhiran tragedi sejarah yang dipaksakan imperialis Zaman Perang Dingin

2 Disember 2019 ialah ulangtahun ke-30 pemeteraian Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang menandakan pengakhiran satu konflik bersenjata yang berlarutan untuk lebih 40 tahun di negara kita. Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 Disember 1989, antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Upacara penandatanganan perjanjian yang penuh bersejarah ini diadakan di Hotel … Continue reading Perjanjian Damai Hatyai 1989: Pengakhiran tragedi sejarah yang dipaksakan imperialis Zaman Perang Dingin

20 Jun: Hari Pelarian Sedunia

20 Jun setiap tahun ialah Hari Pelarian Sedunia. Hari ini didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang keadaan dan cabaran yang dihadapi oleh pelarian di seluruh dunia. Pada 4 Disember 2000, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 55/76, yang memutuskan bahawa 20 Jun setiap tahun mulai 2001 akan disambut sebagai Hari Pelarian Sedunia, bersempena … Continue reading 20 Jun: Hari Pelarian Sedunia

Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China

Tahun ini menandakan ulangtahun ke-30 Peristiwa 4 Jun, satu tragedi berdarah yang berlaku di negara China. Sehari sebelum 4 Jun 1989, lagu Internasionale, sebuah lagu perjuangan yang melambangkan solidariti pekerja sedunia, masih berkumandang di Dataran Tiananmen, tetapi sehari selepas itu bunyi tembakan dan enjin kereta kebal di bandar Beijing telah melenyapkan impian rakyat China untuk … Continue reading Tragedi 4 Jun 1989: Sejarah hitam negara China