Dua orang aktivis PSM dipanggil untuk siasatan polis berkenaan dengan aksi pelancaran Kempen Pemulihan Negara yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2022.
Peka nasib kami! Rakyat minta lima!
PSM melancarkan Kempen Pemulihan Nasional: “Peka Nasib Kami, Rakyat Minta Lima!”, berasaskan 5 teras utama, iaitu memperkasakan perlindungan sosial, skim jaminan kerja, perumahan hak rakyat, tingkatkan khidmat kesihatan awam dan tangani krisis iklim segera.
Rakyat marhaen akan hilang kepercayaan terhadap agensi penguatkuasaan jika dilayan secara kasar oleh pegawainya – Respon kepada kenyataan SPRM mengenai insiden pegawai SPRM berlaku kasar
Jika tingkah laku melayan pengadu dengan sikap yang kasar sebegini diterusnya, maka keyakinan rakyat bawahan untuk membuat aduan kepada SPRM akan berkurangan.
Perlunya parti yang melawan arus
Kita perlukan suatu peralihan, daripada mengundi parti-parti yang menjual retorik “kaum” kepada alternatif politik yang meletakkan perjuangan kelas masyarakat sebagai agenda utamanya.
Pengawal keselamatan dapat balik gaji OT selama 3 tahun
Pekerja hanya dapat memberi pengajaran kepada majikan yang tidak membayar gaji OT secara betul dengan lebih ramai lagi yang memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja. Tindakan ini amat penting, demi memastikan industri kawalan keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.
Cukup sudah lambaian tangan dan lawatan VIP – Rakyat perlu bantuan kritikal sekarang
Mangsa banjir tidak memerlukan lawatan dan lambaian tangan daripada VIP politik. Mereka perlukan tindakan segera daripada kerajaan untuk meringankan beban mereka yang disebabkan bencana banjir.
Memperkasakan perlindungan untuk pekerja ekonomi gig
Pekerja ekonomi gig harus diberi perlindungan sosial dan hak kerja yang sama seperti pekerja formal.
Tanah runtuh dan kehilangan nyawa di Cameron Highlands, sejauh mana had ketamakan manusia?
PSM menyarankan supaya membekukan pembangunan baru dibekukan dan dikaji semula keperluannya, demi mengelakkan bencana tanah runtuh yang meragut nyawa daripada terus berlaku.
Batalkan terus projek lombong lantanid di Hutan Simpan Kekal Ulu Jelai
PSM mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang bahawa tiada kelulusan pajakan melombong untuk mineral nadir bumi lantanid di Hutan Simpan Kekal Ulu Jelai, tetapi juga menggesa supaya membatalkan terus segala projek perlombongan yang menjejaskan hutan simpan kekal dan petempatan komunit Orang Asli di situ.
DUN Pahang harus hentikan perlombongan toksik di hutan simpanan kekal Ulu Jelai
ADUN Pahang secara dwiparti harus membantah projek perlombongan ini dengan segera kerana kos kemusnahan alam sekitar, pencemaran air dan kehilangan nyawa tidak dapat digantikan dengan hasil pulangan cukai dan royalti kepada dana Negeri.