3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan

KUALA LUMPUR - 20 JULAI 2020: Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan dua orang lagi aktivis sosial telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi. Mereka disiasat polis kerana kehadiran mereka dalam perhimpunan “Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan di Malaysia” yang diadakan pada … Continue reading 3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan

Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai

KUALA LUMPUR - 11 DISEMBER 2019: Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada hari ini, berkenaan dengan siasatan polis terhadap Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis sedang membuat siasatan terhadap perhimpunan untuk memperingati ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai … Continue reading Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai

Aktivis UTM-MJIIT Voices disiasat polis kerana beraksi di depan Parlimen

KUALA LUMPUR - 23 NOVEMBER 2019: 2 orang aktivis pelajar daripada UTM-MJIIT Voices dan seorang lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah dipanggil untuk rakaman percakapan pada hari ini di Ibupejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, berkenaan dengan siasatan polis terhadap aksi protes pelajar UTM-MJIIT di hadapan Parlimen pada 11 Oktober 2019 semasa sesi pembentangan Belanjawan 2020. … Continue reading Aktivis UTM-MJIIT Voices disiasat polis kerana beraksi di depan Parlimen

Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

KUALA LUMPUR – 8 NOVEMBER 2019: S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk rakaman percakapan berkenaan dengan aksi perhimpunan Hari Habitat yang diadakan di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Arutchelvan telah disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Arutchelvan hadir ke Ibupejabat Polis Daerah … Continue reading Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai agenda untuk sekat hak berhimpun secara aman?

oleh S. Arutchelvan Di bawah Janji 27 dalam Buku Harapan, dengan tajuk “Menghapuskan undang-undang yang zalim”, Pakatan Harapan telah memberi syor untuk meminda akta-akta zalim termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana ia bercanggah dengan hak untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Namun, hari ini kita semakin yakin bahawa Kerajaan Pakatan Harapan … Continue reading Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai agenda untuk sekat hak berhimpun secara aman?

Arul disiasat polis kerana perhimpunan tuntut kenaikan gaji minimum

KUALA LUMPUR – 1 FEBRUARI 2019: S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk dirakam keterangan berkenaan dengan siasatan polis terhadap perhimpunan Bantah RM1050 pada bulan Oktober lalu. Arutchelvan telah diiringi oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong PSM di hadapan IPD … Continue reading Arul disiasat polis kerana perhimpunan tuntut kenaikan gaji minimum