oleh Gandipan Nantha Gopalan

Pemuda Sosialis mengecam tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas para doktor yang menyokong Code Black dan kempen Black Monday. Pemuda Sosialis menganggap siasatan ini adalah satu bentuk intimidasi terhadap para doktor yang menyuarakan kekecawaan mereka terhadap sistem yang menindas mereka. Para doktor bebas bersuara dan kebebasan bersuara adalah termaktub di bawah Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pihak polis perlu ingat bahawa masalah dalam sistem kesihatan akan memberi impak kepada kehidupan setiap anggota polis dan keluarganya sekali. Kami ingin menggesa pihak polis untuk menghentikan segala siasatan dan intimidasi ke atas para doktor yang melibatkan diri dalam kempen. Kami berpandangan bahawa pihak polis perlu lebih fokus dalam menjalankan siasatan ke atas ahli-ahli politik dan menteri-menteri yang tidak patuhi SOP yang kian menjadi-jadi kebelakangan ini.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda Sosialis PSM.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *