Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

Kenyataan akhbar oleh Pemuda Sosialis PSM

Pemuda Sosialis amat terkilan dengan tindakan pihak polis yang menjalankan beberapa siri siasatan ke atas rakyat marhaen, aktivis sosial, dan juga warga ‘frontliner’ doktor-doktor kontrak yang melibatkan diri dalam acara-acara simbolik yang berasingan untuk meluahkan dan menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap isu-isu yang menekan kehidupan mereka dan juga rakyat.

Kami ingin menegaskan bahawa siasatan-siasatan polis sebegini bukan sahaja amat mengecewakan malahan ia juga melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang secara jelasnya menegakkan kebebasan bersuara sebagai salah satu hak asasi manusia.

Aktiviti-aktiviti simbolik termasuk protes aman yang dianjurkan oleh gabungan masyarakat seperti Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR); hartal oleh doktor-doktor kontrak; mahupun pembongkaran penganiayaan di tempat tahanan migran oleh aktivis Heidy Quah, adalah usaha-usaha penting yang lahir
disebabkan oleh penindasan dan kelalaian pihak berkuasa dan pemerintah.

Pihak berkuasa sepatutnya mengambil serius dan menyiasat isu-isu yang diutarakan oleh aktivis masyarakat sepertimana yang dibongkarkan oleh Saudari Heldy, bukannya menahan ataupun menyiasat individu-individu whistleblowers. Tindakan ini adalah cubaan pihak berkuasa untuk menakut-nakutkan rakyat.

Lebih mendukacitakan lagi ialah siasatan polis yang dijalankan ke atas 12 orang doktor kontrak di PKRC, MAEPS, Serdang pada larut malam dari jam 12 malam hingga 3.50 pagi. Layanan yang amat tegas ini menggambarkan seolah-olah frontliners ini adalah penjenayah.

Pihak polis perlu sedar bahawa mereka yang disiasat adalah dalam kalangan para petugas yang berhempas pulas dengan segala kudrat yang ada, lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik yang begitu kritikal di negara ini. Tidak bolehkah layani mereka sebagai manusia yang sedang berkhidmat demi menyelamatkan nyawa rakyat?

Kesemua mereka yang disiasat adalah individu-individu berkomited untuk berbakti kepada masyarakat. Pemuda Sosialis mengecam tindakan yang tidak berprofesional pihak polis ini.

Ini secara asasnya menghalang Malaysia daripada berkembang sebagai negara yang selamat untuk semua tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kewarganegaraan dan sebagainya. Sebagai sebuah negara yang acapkali melaungkan dan memaparkan imej pendukung demokrasi, maka siasatan-siasatan sebegini yang membuang masa semua pihak harus dihentikan.

Kami mengecam tindakan gila kuasa ini dan sekiranya pembulian terhadap rakyat berterusan, ia akan mengundang kemarahan rakyat secara besar-besaran. Tindakan tidak manusiawi pihak polis menguatkan lagi tuntutan perjuangan kami selama ini supaya suruhanjaya IPCMC segera ditubuhkan bagi mengelakkan kepincangan dan kerendahan kredibiliti institusi ini.

=========

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Nik Aziz Afiq selaku Pengerusi Pemuda Sosialis PSM dan Ilaiya Barathi selaku Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s