Parti Kiri Jerman, Die Linke, menuntut pembekuan sewa rumah (iaitu tidak menaikkan sewa) di seluruh negara Jerman sepanjang krisis pandemik COVID-19. Die Linke juga menyeru untuk menghentikan segala pengusiran sepanjang tempoh ini. Aktivis-aktivis daripada Die Linke mengadakan protes di luar ibupejabat Kesatuan Demokratik Kritian (CDU) di Berlin pada 15 Mei 2020, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pendekatan … Continue reading Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah
Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?
oleh A. Sivarajan Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada minggu lalu, menimbulkan kerisauan kerana tiada apa jua perancangan ataupun usaha yang dibentangkan menuju ke arah mengurangkan harga rumah yang melambung naik. Kini sudah ada kajian dan pengakuan daripada pelbagai pihak bahawa rumah yang ditawarkan oleh pemaju di pasaran adalah jauh daripada kemampuan rakyat pekerja … Continue reading Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?
Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa
KUALA LUMPUR – 8 OKTOBER 2019: Bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan mengadakan aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada hari ini untuk menggesa Kerajaan supaya menghormati hak peneroka bandar dan menghentikan pengusiran paksa. Aksi ini diadakan bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin … Continue reading Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa
Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah
Kerajaan harus sedar bahawa tanggungjawabnya adalah memastikan rakyat mendapat jaminan kehidupan sejahtera, bukannya menjadi jurujual untuk golongan kapitalis yang menjalankan perniagaan yang menggadaikan jaminan kehidupan sejahtera ini. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan sedang meneliti cadangan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah … Continue reading Kerajaan bukan jurujual pemaju hartanah
Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!
oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggantikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang berniat untuk melibatkan pemodal swasta dalam menyediakan rumah kepada rakyat marhaen. Petikan daripada laporan akhbar pada 6 September 2019 menyatakan bahawa kaedah perlaksanaan PPM adalah melalui 'request for … Continue reading Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!
Kerajaan Selangor digesa ambil tanah untuk perumahan pekerja Ladang Bukit Beruntung
SHAH ALAM, SELANGOR – 1 OGOS 2019: Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung mengadakan satu aksi protes di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini, untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil tanah daripada pemilik tanah ladang bagi tujuan menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi mereka untuk selama 20 tahun. Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung … Continue reading Kerajaan Selangor digesa ambil tanah untuk perumahan pekerja Ladang Bukit Beruntung
Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal
oleh S. Arutchelvan Sejurus sebelum jam 10 malam pada 27 Mei 2019, keadaan kesihatan Balan telah merosot. Keluarganya hanya sempat membawanya keluar dari rumah ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Hospital Seremban kemudiannya mengesahkan bahawa beliau mati pada jam 10 malam kerana jangkitan kuman. Tina, rakan seperjuangan daripada PSM yang paling rapat dengan Balan menyampaikan berita … Continue reading Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal
Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!
Kerajaan perlu menggubal undang-undang baru untuk memastikan pekerja-pekerja ladang memiliki rumah mereka sendiri. Seruan ini dikemukakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara bersama dengan Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung pada 31 Mei 2019 di Kuala Lumpur. Selain anggota Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung, turut hadir dalam sidang … Continue reading Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!
Syarikat MBf Holdings bertindak kejam memotong bekalan air penduduk Ladang Padang Meha
oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan MBf Holdings dan anak syarikatnya Vintage Developers Sdn Bhd yang memotong bekalan air untuk bekas pekerja Ladang Padang Meha, Kedah. Tindakan berniat jahat ini diambil berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 April 2019 lalu yang memerintahkan supaya pihak MBF dan Vintage Developers Sdb Bhd membayar wang pampasan … Continue reading Syarikat MBf Holdings bertindak kejam memotong bekalan air penduduk Ladang Padang Meha