Tangani krisis iklim segera (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 05)

Krisis iklim juga sewajarnya menjadi tumpuan demi kebajikan masyarakat Malaysia. Akibat kegiatan industri berteraskan pengautan untung yang tidak dikawal, bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia menghadapi krisis iklim yang bakal memupuskan spesies manusia. Lapisan ozon semakin menipis, paras laut semakin meningkat dan cuaca semakin aneh. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi membanteras isu tersebut.

PSM berkonvoi sambut Hari Wanita Antarabangsa 2021

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan kempen konvoi kereta pada 7 Mac 2021 bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, dengan membawa tuntutan-tuntutan berkenaan dengan hak kesamarataan wanita. Oleh sebab negara kita masih dibelenggui penularan wabak COVID-19, PSM telah menggunakan cara alternatif untuk menyambut hari yang penting ini dengan mengadakan konvoi kereta di sekitar Lembah Klang … Continue reading PSM berkonvoi sambut Hari Wanita Antarabangsa 2021