“Satu hantu sedang berkeliaran di Thailand - hantu Pridi Banomyong. Semua kekuasaan di Siam lama akan menyatukan diri dalam satu persekutuan suci untuk mengusir hantu ini.” [Adaptasi daripada ayat pertama dalam teks Manifesto Komunis (1948). Pridi Banomyong (1900-1983), ialah tokoh negarawan Thailand dan pemimpin Parti Rakyat (Khana Ratsadon) yang memainkan peranan penting dalam Revolusi Siam … Continue reading Thailand: Hantu Pridi Banomyong sedang berkeliaran di Lebuh Ratchadamnoen
Bulgaria: Gelombang protes desak pengunduran kerajaan Borisov
Protes rakyat besar-besaran berterusan di negara Bulgaria, walaupun tiga orang daripada anggota kabinet pimpinan Perdana Menteri Boyko Borisov meletak jawatan pada 23 Julai 2020. Gelombang terbaru protes rakyat Bulgaria tercetus sejak 9 Julai 2020, apabila rakyat berdemonstrasi di jalanan dengan tuntutan menggesa perletakan jawatan seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri Boyko Borisov dan Ketua Pendakwaraya Ivan … Continue reading Bulgaria: Gelombang protes desak pengunduran kerajaan Borisov
Thailand: Protes tuntut kebebasan politik, perlembagaan baru dan pengunduran Prayut
Walaupun perhimpunan massa telah diharamkan di bawah undang-undang darurat koronavirus di Thailand, tetapi masih terdapatnya ribuan rakyat Thailand yang berani tampil ke hadapan dan berhimpun pada 18 Julai 2020 di Bangkok, untuk menuntut penggubalan perlembagaan baru, pilihanraya baru dan pemansuhan undang-undang yang represif di negara itu. Demonstran yang terdiri daripada kebanyakannya anak-anak muda telah berkumpul … Continue reading Thailand: Protes tuntut kebebasan politik, perlembagaan baru dan pengunduran Prayut
Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
oleh Nik Aziz Afiq Bin Abdul Sidang Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan, iaitu berkenaan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjawab soalan di Parlimen dengan mengatakan bahawa idea pilihanraya tempatan tidak mendapat sokongan ketika berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak … Continue reading Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
Pilihanraya Singapura: PAP kekal berkuasa tapi sokongan merosot
Pilihanraya Umum Singapura telah diadakan pada 10 Julai 2020 di bawah bayangan pandemik COVID-19, dengan keputusannya menyaksikan parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuasa sejak tahun 1959 (iaitu sebelum negara Singapura mencapai kemerdekaan) masih menguasai majoriti selesa dalam Parlimen Singapura, tetapi sokongan pengundi kepada PAP telah merosot secara signifikan dengan parti pembangkang telah memperoleh … Continue reading Pilihanraya Singapura: PAP kekal berkuasa tapi sokongan merosot
Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19
Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada 14 April 2020 bahawa Kerajaan AS memutuskan untuk menghentikan sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengumuman ini dibuat pada ketika angka kematian seluruh dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19 telah mencecah 130,000 orang, dan negara AS sendiri merupakan negara yang … Continue reading Trump jadikan WHO kambing hitam untuk kegagalannya menangani COVID-19
“Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
Imbas kembali tahun 2019 – Pergolakan di Malaysia
Sepanjang tahun yang lepas, Malaysia masih diselubungi politik perkauman dan pertaruhan untuk kuasa di kalangan golongan elit politik yang berterusan, lebih kerap dan teruk daripada gejala jerebu yang mengunjungi negara kita setiap tahun. Berikut ialah antara beberapa isu politik bergolak yang menjadi tumpuan dalam tahun 2019. Kes pendakwaan Najib Najib Razak menjadi bekas Perdana Menteri … Continue reading Imbas kembali tahun 2019 – Pergolakan di Malaysia
Finland: PM paling muda di dunia dengan kerajaan campuran dipimpin sepenuh oleh wanita
Pada ketika adanya negara di dunia ini masih ditadbir oleh Perdana Menteri lelaki tua yang berusia 94 tahun, negara Finland telah menyambut Perdana Menteri wanita yang ketiganya dan paling muda di dunia pada masa kini. Sanna Marin telah dipilih oleh Parti Demokratik Sosial Finland (SDP) untuk menggantikan Antti Rinne sebagai Perdana Menteri negara itu. Sanna … Continue reading Finland: PM paling muda di dunia dengan kerajaan campuran dipimpin sepenuh oleh wanita
Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara
Selepas ditahan selama 580 hari di bandar Curitiba di selatan Brazil, bekas Presiden Brazil yang berhaluan kiri, Luiz Inácio Lula da Silva, dibebaskan pada 8 November 2019. Lula disambut meriah oleh ribuan massa yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat Polis Persekutuan Brazil di mana beliau ditahan. Lula mendapat kebebasan selepas Mahkamah Agung Brazil memutuskan pada … Continue reading Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara
