“Tolak politik elit! Bina demokrasi rakyat yang tulen!” – Catatan Kongres Nasional PSM ke-23

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan Kongres Nasionalnya yang ke-23 secara atas talian pada 24 Oktober 2021. Kongres kali ini yang bertemakan “Tolak Politik Elit! PSM Membina Demokrasi Tulen Rakyat” telah dihadiri oleh lebih 100 orang perwakilan dari seluruh negara. Ini merupakan kali kedua PSM mengadakan kongres secara atas talian kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun 2020.