Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-23

24 Oktober 2021

  1. Kerajaan harus melaksanakan segera skim pemindahan tunai berasaskan konsep pendapatan asas kepada isi rumah 10% termiskin (B10). Kerajaan perlu memastikan setiap rakyat mempunyai makanan, penginapan dan rawatan perubatan yang secukupnya dalam keadaan krisis seperti pandemik COVID-19.
  2. Tingkatkan gaji minimum supaya pekerja mampu menyara kehidupan harian.
  3. Kerajaan harus melaksanakan skim jaminan kerja untuk semua. Wujudkan pelan untuk mempertingkatkan sektor pertanian dan penternakan, termasuk memperkenalkan pendidikan pertanian dalam sistem pendidikan, supaya menjana pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan memperkukuhkan asas jaminan makanan negara.
  4. Hapuskan sistem kontrak jangka masa terhad untuk kerja-kerja tetap, termasuk perkhidmatan sokongan di premis kerajaan seperti pembersihan dan kawalan keselamatan.
  5. Hentikan pengusiran paksa terhadap petani dan penternak. Pinda undang-undang tanah untuk mewujudkan perlindungan hak tanah kepada petani dan penternak.
  6. Hentikan diskriminisasi di tempat kerja terhadap golongan OKU, pekerja dengan “penyakit mental” dan sesiapa yang mempunyai kondisi perubatan.
  7. Tingkatkan perkhidmatan kesihatan awam. Bina lebih banyak hospital kerajaan mengikut nisbah populasi di setiap daerah dan naik taraf klinik kesihatan awam di kawasan berpenduduk padat kepada hospital yang lengkap dengan pakar, untuk menyelesaikan masalah kesesakan hospital kerajaan pada ketika kita dilanda masalah penularan wabak yang serius. Bekukan pembinaan hospital swasta dan kolej perubatan swasta yang baharu.
  8. Tingkatkan pembinaan rumah murah yang berkualiti oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak mampu milik rumah kerana harga rumah yang melambung tinggi.
  9. Bekalkan alat pembelajaran yang sesuai kepada setiap pelajar lengkap dengan internet percuma. Kementerian Komunikasi dan Multimedia harus meningkatkan penyediaan kemudahan internet di kawasan luar bandar.
  10. Isytihar Darurat Iklim untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai segera dalam menangani krisis iklim yang sedang mengancam dunia kita. Hentikan pencerobohan hutan simpanan.
  11. Mansuhkan undang-undang yang mendiskriminasi dan menjenayahkan komuniti minoriti seksual dan gender. Mansuhkan Seksyen 377B (hukuman kerana melakukan persetubuhan yang “bertentangan dengan aturan tabii” secara sukarela).
  12. Nyahjenayahkan cubaan bunuh diri dengan memansuhkan Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan.
  13. Mansuhkan Akta Hasutan dan undang-undang lain yang menindas rakyat dan menyekat ruang demokrasi. Hentikan intimidasi daripada pihak berkuasa terhadap aktivis, golongan LGBT dan sebagainya.
  14. Wujudkan undang-undang yang khusus untuk menangani kes buli siber tanpa menjejaskan ruang demokrasi.
  15. Pinda undang-undang untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan sekarang juga.
  16. Gubal akta untuk mewajibkan wakil rakyat mengosongkan kerusinya jika melompat parti, dan melaksanakan pilihanraya pemecatan wakil rakyat.
  17. Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu menggubal dasar infrastruktur, terutamanya jalan raya, untuk mengelakkan pembaziran dana dan sumber.
  18. Kerajaan harus menegakkan Perjanjian 18-Perkara dengan Sarawak dan Perjanjian 20-Perkara dengan Sabah.
  19. Lindungi tanah wilayah adat masyarakat Orang Asli.

One thought on “Resolusi Kongres Nasional PSM yang ke-23

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *