“Kenapa Kerajaan Negeri Perak begitu murah hati pada pemaju swasta tetapi berlaku zalim terhadap petani kecil?” Ini ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam sidang akhbar khas untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang isu perampasan tanah pertanian di negeri Perak yang menjejaskan punca pencarian golongan petani kecil dan mengancam jaminan makanan di negara kita.
Siasat skandal penyelewengan tanah kerajaan Perak – Seruan kepada SPRM
PSM bersama dengan petani-petani Perak membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan yang disyaki berlaku dalam urusan tanah kerajaan di negeri Perak.
Petani Tanah Hitam mahu MB Perak tunaikan janji ganti tanah dan jangan usir sekarang
Petani-petani kecil dari kawasan Tanah Hitam menyeru pada Menteri Besar Perak supaya menangguhkan pengusiran terhadap mereka dan menunaikan janjinya untuk memberi tanah gantian kepada mereka.
17 April: Hari Perjuangan Petani Antarabangsa
17 April disambut setiap tahun sebagai “Hari Perjuangan Petani Antarabangsa” untuk meraikan solidariti perjuangan gerakan petani di seluruh dunia.
Petani Chemor minta kekalkan tanah pertanian
“Harga makanan akan melambung tinggi dalam beberapa bulan akan datang ini. Ini bukan masanya untuk menghancurkan kawasan-kawasan pengeluaran makanan di negara kita,” kata Dr. Jeyakumar Devaraj.
Isu pengusiran petani Chepor Impian: Siasat peranan dan hubungan polis Perak dengan pemaju
S. Arutchelvan bertanya, “Adakah melindungi pemaju swasta yang datang tanpa perintah mahkamah itu tugas polis?”
Bebas! – 8 orang yang ditangkap kerana pertahankan tanah pertanian dibebaskan selepas Majistret tolak permohonan reman polis
8 orang yang ditahan polis semalaman kerana membantah pengusiran oleh pemaju tanpa perintah mahkamah telah diarahkan untuk dibebaskan selepas Mahkamah Majistret Ipoh menolak permohonan polis untuk melanjutkan reman terhadap mereka.
8 orang ditangkap kerana pertahankan tanah petani Chepor Impian
2 orang aktivis PSM ditahan polis kerana mempertahankan tanah petani di kawasan Chepor Impian daripada diceroboh oleh syarikat pemaju swasta.
Dr. Kumar disiasat polis kerana seru pembebasan petani yang ditahan polis
Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), disiasat oleh pihak polis kerana memuat naik satu hantaran facebook yang menyeru untuk membebaskan serta-merta seorang petani di kawasan Kanthan, Perak, yang ditangkap polis pada 8 April 2022.
Petani Kanthan ditahan kerana pertahankan tanah pertanian
Seorang petani kecil yang mengusahakan tanah di kawasan Kanthan, Perak, telah ditangkap oleh polis.