33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa

SENTUL, KUALA LUMPUR - 24 November 2019: Lebih 30 orang penduduk Kampung Segambut Permai membuat aduan polis secara beramai-ramai pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Sentul, berkenaan dengan isu perumahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai telah mendapat satu notis pengosongan rumah baru-baru ini. Notis yang dikeluarkan berasaskan satu Penghakiman Persetujuan di … Teruskan membaca 33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa

Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020

oleh V. Selvam / PSM Selangor Belanjawan Negeri Selangor 2020 Belanjawan Negeri Selangor 2020 telah dibentangkan pada 1 November 2019 di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Walaupun Belanjawan ini dikatakan Bajet berjimat, namun kritikan terhadapnya adalah ia tidak menangani isu-isu rakyat Selangor secara menyeluruh. Antara isu-isu rakyat yang perlu perhatian adalah: 1. Perumahan untuk … Teruskan membaca Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020

Masyarakat ladang akan protes di Parlimen

KUALA LUMPUR - 5 NOVEMBER 2019: Pekerja-pekerja ladang akan bermobilisasi ke Parlimen pada 3 Disember 2019 untuk menyampaikan tuntutan mereka kepada kerajaan supaya melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang dan meningkatkan gaji untuk pekerja ladang. Pengumuman ini dibuat oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) dalam satu sidang akhbar pada hari ini. “Kami berharap Menteri Sumber Manusia, … Teruskan membaca Masyarakat ladang akan protes di Parlimen

MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha

oleh S. Arutchelvan Sejak 25 September lalu, lebih kurang 70 buah keluarga bekas pekerja ladang yang tinggal di Ladang Padang Meha yang terletak berhampiran dengan Padang Serai di negeri Kedah, telah dinafikan bekalan air paip. Adalah mengejutkan bahawa dalam abad ke-21 ini, pemaju masih boleh menggunakan cara menafikan kemudahan asas rakyat seperti air untuk mengusir … Teruskan membaca MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha

Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?

oleh A. Sivarajan Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada minggu lalu, menimbulkan kerisauan kerana tiada apa jua perancangan ataupun usaha yang dibentangkan menuju ke arah mengurangkan harga rumah yang melambung naik. Kini sudah ada kajian dan pengakuan daripada pelbagai pihak bahawa rumah yang ditawarkan oleh pemaju di pasaran adalah jauh daripada kemampuan rakyat pekerja … Teruskan membaca Di mana perumahan PPR dalam Belanjawan 2020?

Belanjawan 2020: Isu-isu rakyat masih menjadi kebimbangan serius

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan untuk Belanjawan 2020 yang pada keseluruhannya nampak agak bertanggungjawab dalam mengendalikan kewangan Kerajaan, dengan kekangan yang sedia ada. Dapat diperhatikan bahawa perbelanjaan sosial ke atas Pendidikan, Kesihatan, Perumahan, program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga program-program mensasarkan petani-petani dan nelayan-nelayan telah dikekalkan. … Teruskan membaca Belanjawan 2020: Isu-isu rakyat masih menjadi kebimbangan serius

Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa

KUALA LUMPUR – 8 OKTOBER 2019: Bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan mengadakan aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada hari ini untuk menggesa Kerajaan supaya menghormati hak peneroka bandar dan menghentikan pengusiran paksa. Aksi ini diadakan bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin … Teruskan membaca Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa