Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 1)
Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja
Mogok besar-besaran di Afrika Selatan pada 7 Oktober 2020 yang melumpuh negara itu, telah mengetengahkan pelbagai isu sosio-ekonomi yang menjejaskan kehidupan kelas pekerja. Demonstrasi telah diadakan di bandar-bandar dan pekan-pekan seluruh negara Afrika Selatan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati golongan pekerja terhadap masalah korupsi, kehilangan kerja, kegagalan kerajaan Afrika Selatan dalam menyediakan perlindungan kepada rakyat ketika … Continue reading Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja
Brazil: Penempatan MST di Minas Gerais diusir secara ganas
Penduduk-penduduk di kem penempatan Quilombo Campo Grande kehilangan rumah dan tanah pertanian mereka pada 14 Ogos 2020, selepas melawan pengusiran paksa untuk selama hampir 60 jam. Kem Quilombo Campo Grande ialah sebuah penempatan keluarga-keluarga tanpa tanah yang didirikan oleh Gerakan Pekerja Luar Bandar Tanpa Tanah (Movimento dos Trabalhadores Rurais Sem Terra, MST) di negeri Minas Gerais, yang … Continue reading Brazil: Penempatan MST di Minas Gerais diusir secara ganas
Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi
Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi
Revolusi China 1949
1 Oktober 2019 menandakan ulangtahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, hasil daripada perjuangan Revolusi China yang diterajui oleh Parti Komunis China. Bagi pendukung negara China hari ini, semestinya hari 1 Oktober disambut dengan meriahnya dengan niat mengagung-agungkan pencapaian “hebat” negara China di bawah pemerintahan Parti Komunis China dan “kebangkitan” negara China sebagai kuasa besar dunia; … Continue reading Revolusi China 1949
Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya
oleh Cecilia Antonysamy “Anak saya 3 orang – umur 15 tahun, 12 tahun, dan 2 tahun”, kata seorang bekas pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tempoh hari 31 Mei 2019 lalu. “Duit lampin bayi, duit beli susu dah berapa dah sebulan? Anak saya yang berumur 15 tahun akan menduduki PMR akhir tahun ini, terpaksa saya … Continue reading Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya
Kapitalisme dan perkauman
Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman
Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?
Perjuangan kelas merupakan penggerak sejarah masyarakat manusia. Perjuangan kelas telah membawa perubahan kepada masyarakat kita dalam pelbagai aspek.
Revolusi Rusia 1917
Revolusi Rusia merupakan peristiwa politik yang amat penting dalam abad ke-20. Revolusi Rusia bukan sahaja menggegarkan seluruh negara Rusia, tetapi juga membentuk sejarah dunia yang menjangkaui hampir keseluruhan abad ke-20.
Perjuangan kelas dan pembebasan wanita
Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan kerangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Continue reading Perjuangan kelas dan pembebasan wanita