Komun Paris 1871 (Siri Revolusi Dunia – 10)

Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.

Revolusi Haiti (Siri Revolusi Dunia – 06)

Revolusi Haiti merupakan satu-satunya pemberontakan hamba yang berjaya dalam sejarah. Revolusi Haiti melahirkan sebuah negara baharu yang bebas daripada perhambaan. Haiti menjadi negara berdaulat pertama yang diasaskan oleh golongan bekas hamba kulit hitam, dan negara moden kedua di Hemisfera Barat yang mencapai kemerdekaan daripada kuasa imperialis Eropah, selepas Amerika Syarikat. Haiti juga merupakan negara berdaulat pertama di Amerika yang menghapuskan perhambaan secara berkekalan, enam dekad lebih awal berbanding Amerika Syarikat.

Perjuangan kelas sebelum kapitalisme (Siri Revolusi Dunia – 01)

Pertentangan kelas sentiasa ada selagi masyarakat kelas itu masih wujud. Perjuangan kelas boleh tercetus apabila pertentangan kelas itu tidak dapat lagi dibendung, sama ada dengan cara yang lembut atau keras. Perjuangan kelas yang hebat pada zaman sebelum wujudnya kapitalisme pernah berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Di mana adanya ketidaksamarataan, ketidakadilan, perhambaan, pemaksaan dan penindasan, di situ semestinya timbul perjuangan kelas untuk mengubah keadaan.

Reformasi dan revolusi

Reformasi ialah pengubahsuaian atau pembaharuan ke atas sistem yang sedia ada. Revolusi ialah perubahan secara total yang mengubah dan menggantikan satu sistem dengan satu lagi sistem yang berbeza pada dasarnya. Reformisme dalam gerakan perjuangan sosialis ialah fahaman yang menganggap bahawa perubahan sosial boleh dilakukan secara beransur-ansur dengan melalui penambahbaikan atau pembaharuan dalam struktur masyarakat kapitalis … Continue reading Reformasi dan revolusi