20200114 - AP Photo - Francois Mori 773x435_cmsv2_653d0f4b-8d08-5616-bb05-049eef5b5732-4436686
(foto oleh Francois Mori / AP Photo)

Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. Namun, taktik kompromi yang separuh masak dan sementara ini nampaknya tidak akan menghalang pekerja Perancis untuk terus berjuang…

Perdana Menteri Edouard Philippe mengatakan pada 11 Januari 2020 bahawa Kerajaan Perancis sedia untuk menarik balik rancangan untuk menaikkan umur persaraan dengan faedah pencen penuh dari 62 tahun ke 64, “jika syarat-syarat tertentu dipenuhnya”. Dalam erti kata lain, Kerajaan Perancis menawarkan kompromi yang menangguhkan rancangan “pembaharuan” terhadap sistem pencen yang menghakis faedah pencen pekerja untuk sementara.

Lebih sebulan yang lalu, apabila baru tercetusnya mogok besar-besaran di Perancis untuk membantah “pembaharuan” sistem pencen yang diumumkan oleh Kerajaan Perancis, Perdana Menteri yang sama mengatakan bahawa “pembaharuan” sistem pencen adalah tidak dapat dielakkan dan mogok di seluruh negara tidak akan melemahkan keazamannya untuk “memperbaharui” sistem pencen di Perancis. Sebulan selepas itu, nampaknya keazaman Edouard Philippe ini dilemahkan juga oleh aksi mogok yang berterusan.

Kompromi ini dibuat berikutan rundingan antara pihak Kerajaan Perancis dengan kesatuan-kesatuan sekerja menemui jalan buntu pada 10 Januari 2020.

FRANCE-SOCIAL-STRIKE-DEMO

Gabungan kesatuan sekerja yang terbesar di Perancis, Konfederasi Buruh Demokratik Perancis (CFDT), yang lebih cenderung untuk menerima “pembaharuan” yang terhad terhadap sistem pencen sejak awal lagi, mengalu-alukan tindakan Kerajaan Perancis dan mengatakan bahawa ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mencari jalan kompromi. Namun, gabungan kesatuan sekerja yang lebih radikal, Konfederasi Umum Buruh (CGT), yang menuntut supaya kerajaan membatalkan sepenuhnya rancangan “pembaharuan” sistem pencen ini, telah menolak tawaran kompromi yang separuh masak dan bersifat sementara ini. CGT telah menyeru untuk meneruskan aksi protes pekerja.

Emmanuel Macron yang dipilih sebagai Presiden Perancis sejak tahun 2017, merupakan seorang elit politik yang berpegang kuat pada fahaman neoliberal dan beria-ia untuk melakukan “pembaharuan ekonomi” di Perancis demi menyelamatkan keuntungan golongan korporat. Macron bercadang untuk mencantumkan 42 jenis skim pencen yang berlainan di negara itu ke dalam satu sistem tunggal yang berasaskan sistem mata, sesuatu yang dilihat menghakis hak pekerja yang menikmati perlindungan pencen yang lebih baik sebelum ini dan juga menaikkan umur persaraan secara de facto. “Pembaharuan” terhadap sistem pencen hanyalah sebahagian daripada rancangannya untuk merombak semula sistem ekonomi Perancis dengan “pembaharuan” bersifat neoliberal yang menguntungkan golongan korporat dengan menghakis hak pekerja. Namun, rancangan “pembaharuan” sistem pencen yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan Macron telah mendapat tentangan hebat sehingga tercetusnya aksi mogok pekerja yang terbesar di Perancis sejak tahun 1995.

“Pembaharuan” sistem pencen sebagai agenda neoliberal untuk melindungi kepentingan korporat menjadi agak jelas apabila didedahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Pembaharuan Pencen, Jean-Paul Delevoye, menerima bayaran daripada Persekutuan Insurans Perancis yang mempunyai kaitan kepentingan secara langsung dengan “pembaharuan” pencen. Delevoye dilantik oleh Kerajaan Perancis pada bulan September 2017 untuk mengkaji semula sistem pencen dan kemudiannya mengemukakan rancangan “pembaharuan” terbaru ini. Namun, dengan pendedahan skandal Delevoye menerima bayaran daripada pihak swasta ketika memegang jawatan kerajaan, sesuatu yang sudah melanggar undang-undang, telah memaksanya untuk meletak jawatan pada 16 Disember 2019.

20200114 - _110017597_hi058437972

Aksi mogok pekerja besar-besaran pekerja Perancis yang bermula sejak 5 Disember 2020, merupakan sebahagian daripada gelombang kebangkitan rakyat sedunia untuk menentang sistem sosio-ekonomi yang tidak adil. Ia juga membawa momentum perjuangan rakyat ke depan lagi selepas setahun tercetusnya Gerakan Jaket Kuning (gilets jaunes). Perjuangan yang hebat ini menunjukkan kuasa pekerja memang dapat menundukkan kerajaan yang berkuasa, sekiranya pekerja bersatu, bermobilisasi untuk berjuang dan berpegang teguh pada pendirian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s