Hasil daripada aksi protes duduk bantah, Kerajaan Negeri Perak bersetuju dengan tuntutan bekas pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak untuk mengekalkan keputusan kelulusan lot tanah yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2012.
Bekas pekerja ladang duduk bantah gesa Kerajaan Negeri Perak tunaikan janji beri lot tanah perumahan
Bekas pekerja ladang dari Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak mengadakan aksi protes di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak untuk menggesa pada Kerajaan Negeri Perak supaya menyelesaikan masalah pemberian lot tanah perumahan yang tertangguh selama 12 tahun!
MB Perak harus faham kritikan masyarakat madani terhadap laporan EIA Projek Ladang Hutan Bukit Saiong
Jaringan Selamatkan Hutan Simpan Kledang Saiong menggesa Menteri Besar Perak supaya memberi perhatian kepada kritikan yang dikemukakan oleh masyarakat madani terhadap laporan kajian impak alam sekitar (EIA) mengenai projek ladang hutan di dalam Hutan Simpan Kledang Saiong.
Kenapa Kerajaan Negeri Perak terus sabotaj usaha pekerja ladang dapatkan lot tanah bagi perumahan?
Kerajaan Perpaduan harus mengambil usaha yang serius untuk menangani masalah salah tadbir urus dalam program-program bantuan bagi golongan miskin luar bandar.
Jangan tangguhkan lagi pemberian lot tanah kepada bekas pekerja ladang untuk bina rumah – Seruan bekas pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak kepada Menteri Besar Perak
Bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menangguhkan lagi proses pemberian hak milik tanah yang diluluskannya kepada bekas pekerja dari dua buah ladang tersebut sejak tahun 2012.
Kementerian Kesihatan tidak harus lepas tangan masalah pekerja di hospital kerajaan! – Pengawal keselamatan Hospital Ipoh gesa dipulihkan kerja segera
4 orang pengawal keselamatan di Hospital Ipoh yang dibuang kerja hanya kerana mereka menuntut bayaran gaji yang sepatutnya menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengarahkan kontraktor lantikannya untuk memulihkan kerja mereka.
Petani Changkat Kinding diancam pengusiran paksa dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang
Petani-petani kecil di kawasan Changkat Kinding, Hulu Kinta, Perak, yang sedang menghadapi ancaman pengusiran daripada syarikat pemaju swasta, telah menerima notis pengusiran di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang hanya boleh digunakan untuk tanah kerajaan!
Kekalkan pertanian sayur-sayuran di Kanthan
Petani-petani di kawasan Kanthan menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya mengekalkan tanah pertanian sayur-sayuran di situ.
Kumpulan alam sekitar ketengahkan kelemahan laporan EIA Projek Ladang Hutan Bukit Saiong
Jaringan Menyelamat Hutan Simpan Kledang Saiong mengetengahkan beberapa kesilapan besar yang wujud dalam laporan kajian impak alam sekitar (EIA) mengenai projek ladang hutan di dalam Hutan Simpan Kledang Saiong, Perak.
Jangan usir! Kekalkan Changkat Kinding sebagai kawasan pertanian
“Negara kita sedang menghadapi masalah kekurangan makanan dan harga makanan asas sedang meningkat,” kata Dr. Jeyakumar, Pengerusi Nasional PSM, semasa penyerahan memorandum bersama dengan petani-petani Changkat Kinding. “Negara kita sedang mengimport barangan makanan yang bernilai RM60 bilion setahun. Ini bukannya masa untuk menghancurkan kapasiti kita untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan bagi rakyat kita!”