“Harga makanan akan melambung tinggi dalam beberapa bulan akan datang ini. Ini bukan masanya untuk menghancurkan kawasan-kawasan pengeluaran makanan di negara kita,” kata Dr. Jeyakumar Devaraj.
Bebas! – 8 orang yang ditangkap kerana pertahankan tanah pertanian dibebaskan selepas Majistret tolak permohonan reman polis
8 orang yang ditahan polis semalaman kerana membantah pengusiran oleh pemaju tanpa perintah mahkamah telah diarahkan untuk dibebaskan selepas Mahkamah Majistret Ipoh menolak permohonan polis untuk melanjutkan reman terhadap mereka.
Pekerja Ladang Windsor piket tuntut skim perumahan dan gesa hentikan pengusiran paksa
Pekerja-pekerja Ladang Windsor menegaskan bahawa selagi tuntutan skim perumahan tidak dilaksanakan, mereka tidak akan keluar dari rumah ladang yang dihuni mereka sekarang.
Penduduk Kampung Seri Kesinai gesa PM campurtangan hentikan pengusiran paksa
Penduduk-penduduk Kampung Seri Kesinai menyeru pada kerajaan supaya melakukan sesuatu untuk menghentikan pengusiran paksa dan menyediakan perumahan alternatif kepada mereka.
Isu pengusiran petani Kanthan: Penerangan mengenai situasi sebenarnya
Ramai yang membantah keputusan Kerajaan Negeri Perak memusnahkan sebuah kawasan yang membekalkan 50-60 tan sayur dan buah-buahan setiap hari untuk rakyat Malaysia. Tetapi ada juga pembaca yang mempunyai persepsi negatif terhadap petani-petani ini. Tulisan ini bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap komen-komen yang membawa persepsi negatif mengenai isu petani ini.
Petani Pusing dapat perintah mahkamah hentikan pengusiran paksa
18 orang petani dari Pusing, Perak, berjaya mendapatkan satu perintah di bawah Seksyen 99 Kanun Prosedur Jenayah untuk kekal berada di tanah yang diusahakan mereka sehingga pertikaian berkenaan tanah mereka diselesaikan di Mahkamah Tinggi.
Kemelut petani Kanthan – Seruan untuk bertindak!
Bolehkah anda memainkan peranan untuk membantu petani-petani kecil dan melindungi jaminan makanan?
MTES luluskan tawaran tanah alternatif kepada Suppaya yang pernah diancam pengusiran
M. Suppaya dan ahli keluarganya yang tinggal di sebuah rumah usang di atas tanah kerajaan di Sungai Jelok, Kajang, mendapat berita baik apabila Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bersetuju untuk menawarkan tapak tanah alternatif kepadanya untuk mendirikan rumah.
Petani Mambang Diawan menang kes mahkamah dan elak daripada pengusiran paksa
11 orang petani di Mambang Diawan yang menghadapi ancaman pengusiran daripada sebuah syarikat pemaju swasta dapat berasa lega selepas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 5 Oktober 2021 yang berpihak kepada mereka. Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak permohonan Delscon untuk mengusir petani-petani Mambang Diawan keluar dari tanah yang diusahakan mereka melalui prosing terus.
Kerajaan Perak digesa beri perlindungan yang lebih terjamin untuk petani kecil
Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil di Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya meminda peraturan tanah di negeri tersebut untuk melindungi rezeki petani-petani kecil dan memastikan jaminan makanan bagi masyarakat umum.
