KAMUNTING, PERAK – 21 FEBRUARI 2022: Pekerja-pekerja Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, mengadakan satu aksi piket pada hari ini di hadapan ladang yang dihuni mereka, untuk menyuarakan keluhan mereka yang berdepan dengan ancaman pengusiran paksa dan menuntut hak perumahan.

Pekerja-pekerja yang berpiket menyeru pada majikan mereka, Malakoff Corporation Sdn Bhd, untuk menghentikan pengusiran paksa terhadap 5 orang pekerja di situ dan melaksanakan skim perumahan ladang bagi semua pekerja ladang di situ.

Tiga orang pekerja Ladang Windsor yang diberhentikan kerja apabila mencapai umur persaraan telah diancam pengusiran paksa sejak tahun 2020. Pekerja-pekerja pernah berprotes di hadapan ibu pejabat Malakoff Corporation kerana bekalan air dan elektrik ke rumah mereka dipotong sebagai tindakan pengusiran paksa. Pihak syarikat Malakoff Corporation telah mengheret tiga orang pekerja tersebut ke mahkamah. Syarikat Tradewinds Plantech Sdn Bhd yang menguruskan Ladang Windsor milikan Malakoff Corporation Berhad itu, memfailkan writ saman di Mahkamah Majistret Taiping pada 19 Julai 2021. Keputusan Mahkamah Majistret Taiping pada 22 September 2021 ialah pekerja-pekerja harus menyerahkan milikan kosong rumah yang dihuni mereka kepada pihak syarikat.  

Kini, terdapat dua orang lagi pekerja yang diberhentikan kerja kerana sudah mencapai usia persaraan, dan turut menghadapi ancaman pengusiran keluar dari rumah yang dihuni mereka sekarang. Jadi, 5 orang pekerja telah menerima notis pengusiran pada masa ini.

Sebelum ini, pekerja-pekerja Ladang Windsor telah mengemukakan tuntutan kepada pihak majikan supaya menyediakan skim perumahan ataupun sekurang-kurangnya memperuntukkan lot tanah perumahan untuk semua pekerja di situ. Namun, tuntutan pekerja ini tidak dipedulikan dan tidak dilaksanakan. Pihak syarikat juga enggan berbincang dengan pekerja-pekerja mengenai tuntutan mereka. Oleh yang demikian, pekerja-pekerja Ladang Windsor mengambil keputusan untuk memanjangkan tuntutan mereka kepada perhatian Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Besar Perak.

R. Karthiges, Penyelaras Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang turut hadir bersama dalam aksi piket hari ini, berkata, “Pekerja-pekerja ladang ini meminta pelaksanaan skim perumahan untuk mereka, kerana selama ini mereka menerima gaji yang rendah. Mereka hanya menerima gaji minimum. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah di luar dengan gaji yang begitu sedikit. Oleh itu, mereka memerlukan satu skim perumahan yang disubsidi oleh pihak majikan.”

“Pekerja-pekerja Ladang Windsor telah memaklumkan tuntutan mereka kepada pihak majikan, Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri Perak,” kata Karthiges, “Mereka meminta supaya perbincangan diadakan dengan mereka untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka. Jika Malakoff enggan berbuat demikian, mereka menuntut pada Menteri Besar Perak atau Kementerian Sumber Manusia untuk mencampurtangan dalam menguruskan satu perbincangan antara pekerja dengan majikan. Pekerja-pekerja sudah hantar surat kepada pihak berkenaan. Jika tiada jawapan dalam tempoh masa satu bulan, mereka akan turun ke Ipoh untuk cuba berjumpa dengan Menteri Besar Perak.”

“Pekerja-pekerja Ladang Windsor juga menegaskan bahawa selagi tuntutan skim perumahan tidak dilaksanakan, mereka tidak akan keluar dari rumah ladang yang dihuni mereka sekarang,” tambah Karthiges.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s