Petani Mambang Diawan menang kes mahkamah dan elak daripada pengusiran paksa

11 orang petani di Mambang Diawan yang menghadapi ancaman pengusiran daripada sebuah syarikat pemaju swasta dapat berasa lega selepas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 5 Oktober 2021 yang berpihak kepada mereka. Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak permohonan Delscon untuk mengusir petani-petani Mambang Diawan keluar dari tanah yang diusahakan mereka melalui prosing terus.

Jangan pakai kaca mata etnik dalam analisis isu pengusiran petani

Bagi PSM, inilah isu-isu yang penting – kebajikan petani kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia dan penyaluran pulangan daripada tanah kerajaan kepada program-program yang memanfaatkan rakyat marhaen di Perak. Adalah harapan PSM bahawa orang ramai akan mengambil pendirian yang rasional dan berprinsip dalam menganalisis isu-isu masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa, dan elak daripada reaksi yang bersifat sentiment etnik. Kita hanya akan berjaya mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni jika kita mengasaskan analisis dan tindakan kita atas pemikiran objektif dan prinsip-prinsip kemanusiaan.