Rakyat kata TIDAK pada Lynas

Lebih kurang 500 orang berhimpun di Taman Gelora, Kuantan, Pahang, pada 18 Ogos 2019 untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Kerajaan Malaysia yang melanjutkan lesen operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, berdekatan dengan Kuantan. Para peserta aksi perhimpunan membawa plakad dan sepanduk yang tertulis tuntutan rakyat yang menggesa Kerajaan untuk menghentikan operasi Lynas. Satu … Continue reading Rakyat kata TIDAK pada Lynas

PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang melanjutkan lesen operasi Lynas di Malaysia. PSM berpegang kukuh pada pendiriannya sejak setengah dekad lalu bahawa operasi kilang Lynas harus ditamatkan kerana risiko kesihatan dan alam sekitar. Membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di Malaysia merupakan sebuah pengkhianatan kepada rakyat dan alam sekitar. … Continue reading PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Kerajaan Pakatan Harapan tidak patut membiarkan syarikat Lynas menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah’ dengan membenarkan penyimpanan bahan-bahan buangan radioaktif dan kimia yang dikeluarkannya di Malaysia. Begitu seruan Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 11 Ogos 2019. Kerajaan Australia telah menggunakan Konvensyen … Continue reading Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan

oleh P. Mohan Pencemaran udara kali kedua yang melanda Pasir Gudang baru-baru ini membimbangkan penduduk tempatan. Walaupun tidak berlaku sebarang kematian, tetapi ianya membawa gangguan kesihatan kepada orang ramai di kawasan tersebut, khususnya kanak-kanak. Pasir Gudang ialah bandar pelabuhan yang pesat maju di negeri Johor dan mempunyai banyak  industri kimia. Dengan penambahan kepadatan industri moden … Continue reading Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan

Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi

Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang melibatkan pengeluaran komoditi (barangan yang dihasilkan untuk dijual) secara besar-besaran untuk memaksimumkan keuntungan pemodal (kapitalis). Sistem ekonomi kapitalis memang mendatangkan pembangunan kebendaan yang hebat kepada masyarakat manusia, dengan kekayaan masyarakat yang dicipta hari ini sudah jauh lebih banyak berbanding masyarakat pra-kapitalis, namun ia juga mengundang pelbagai masalah serius kepada masyarakat … Continue reading Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi

Hari Bumi 2019: Selamatkan spesies hidupan Bumi daripada kepupusan

“Dalam alam semulajadi, tiada apa benda yang wujud secara bersendirian.” — Rachel Carson, 1962 22 April setiap tahun ialah Hari Bumi, satu hari yang amat bermakna untuk mengingatkan rakyat sedunia tentang tanggungjawab kita dalam melindungi satu-satunya planet Bumi yang kita duduki daripada kehancuran pencemaran alam. Asal usul sambutan Hari Bumi Sambutan Hari Bumi berkaitan dengan … Continue reading Hari Bumi 2019: Selamatkan spesies hidupan Bumi daripada kepupusan

Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak patut berulang lagi… di mana-mana pun

Beberapa hari ini, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pencemaran sisa kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor. Dilaporkan bahawa gas toksik daripada sisa kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim telah menyebabkan lebih 900 orang terkesan dan terpaksa mendapatkan rawatan perubatan selepas terhidu gas toksik daripada sisa buangan kimia, termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. … Continue reading Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak patut berulang lagi… di mana-mana pun

Kuantan dan bauksit: Ancaman yang kini kembali

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Semalam, telah riuh di media bahawa moratorium perlombongan bauksit yang telah berjalan sejak tahun 2015, tidak akan disambung selepas 31 Mac ini. Ini bermakna, perlombongan akan berjalan semula dan kebimbangan rakyat terhadap ancaman-ancaman berasaskan industri ini juga akan kembali semula. Umum mengetahui dan faham tentang bagaimana dalam satu tempoh … Continue reading Kuantan dan bauksit: Ancaman yang kini kembali