20190823 - https _cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_190821024007-amazon-rainforest-fire-nasa-restricted.jpgHutan Amazon, hutan hujan tropika terbesar di dunia yang meliputi meliputi kawasan yang meluas di negara Brazil, Peru, Colombia, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana dan Suriname, sedang dilanda kebakaran yang serius, khususnya di kawasan hutan yang terletak di dalam negara Brazil. Kebakaran Huutan Amazon di Brazil, bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar di benua Amerika Latin, tetapi juga sedang mengancam bumi kita yang sudah pun menghadapi krisis iklim yang membimbangkan.

Pada ketika ini, beribu kebakaran sedang terjadi di kawasan Hutan Amazon, dengan negeri-negeri di bahagian utara Brazil seperti Roraima, Acre, Rondônia dan Amazonas, mengalami kesan yang paling teruk akibat daripada kebakaran-kebakaran ini.

Menurut angka rasmi, lebih 75,000 kebakaran hutan telah direkodkan di Brazil untuk 8 bulan pertama tahun ini, satu angka yang paling tinggi sejak tahun 2013, dan jauh tinggi berbanding 40,000 kebakaran dalam tempoh yang sama pada tahun 2018. Kebakaran hutan di kawasan Amazon adalah sesuatu yang biasa ketika musim kemarau dari bulan Julai hingga Oktober setiap tahun. Kebakaran ini boleh berpunca daripada alam semulajadi seperti sambaran kilat, tetapi juga boleh disebabkan oleh aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian. Presiden Brazil Jair Bolsonaro yang mengambilalih kuasa sejak 1 Januari 2019 telah memainkan peranan aktif dalam menggalakkan aktiviti penebangan pokok di kawasan Amazon.

Kebakaran hebat di Hutan Amazon, bukan sahaja sedang memusnahkan khazanah alam yang begitu kaya di Bumi kita, tetapi juga sedang melepaskan karbon yang begitu banyak ke dalam atmosfera Bumi kita dan “menyumbang” kepada krisis iklim yang semakin teruk.

Bolonaro, seorang ahli politik pelampau kanan yang mempermainkan sentimen perkauman dan politik kebencian untuk berkuasa, telah melaksanakan dasar yang mengancam alam sekitar dan kehidupan masyarakat orang asal di Brazil. Kerajaan pimpinan Bolsorano telah menarik balik langkah-langkah penguatkuasaan terhadap pembukaan hutan secara haram di kawasan hutan terlindung.

Malah, ketika berkempen untuk Pilihanraya Presiden pada tahun lepas lagi, Bolsonaro telah mengatakan bahawa tanah hutan perlindungan yang luas merupakan halangan kepada pertumbuhan ekonomi dan berjanji untuk membukannya bagi eksploitasi komersial.

Dasar yang dibawa oleh Bolsonaro adalah menukar tanah awam yang sepatutnya untuk kepentingan semua orang kepada tanah swasta yang menguntungkan segelintir kecil kapitalis. Kebanyakan tanah awam di Brazil terletak di Hutan Amazon, termasuk tanah awam di mana masyarakat orang asal berhak untuk menggunakaannya dan tanah kegunaan kolektif oleh quilombola (orang keturunan hamba dari Afrika yang berjaya memenangkan hak tanah mereka). Kerajaan Bolsonaro sedang meningkatkan usaha untuk membuka tanah yang diduduki oleh masyarakat orang asli dan kawasan perlindungan hutan, untuk menjadikan tanah yang luas ini sebagai ladang penternakan, ladang tanaman soya dan lombong mineral. Bolsonaro langsung tidak mempedulikan alam sekitar dan masyarakat akar umbi, kerana hasratnya adalah mempertahankan kepentingan golongan kapitalis Brazil dengan apa jua cara, termasuk menghancurkan paru-paru hijau yang terbesar di dunia.

Kebakaran yang sedang memusnahkan hutan di Brazil sekarang ini, bukannya sesuatu yang semula jadi, tetapi adalah produk dasar kerajaan Brazil yang mengetepikan alam sekitar. Amat ternyata sekali, Bolsonaro bukan sahaja ancaman kepada rakyat Brazil, tetapi ancaman hebat kepada Bumi kita!

20190823 - amazonia

One thought on “Peparu dunia sedang dibakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *