Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana

oleh V. Selvam Krisis air di Selangor berulang kembali hanya selepas hampir sebulan ianya berlaku. Kali ini pencemaran di Sungai Semenyih berlaku dan dilaporkan hampir 309, 687 pengguna dijangka menghadapi masalah bekalan air di 274 kawasan, termasuk kawasan di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Parti Sosialis Malaysia Negeri Selangor (PSM Selangor) melihat masalah … Continue reading Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana

Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Dari isu perumahan dan pengangkutan awam, sehingga isu pencemaran alam dan perubahan iklim, peserta-peserta yang hadir dalam Forum Peduli Rakyat yang diadakan di Pulau Pinang pada 15 Februari 2020 telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu-isu tempatan yang mempengaruhi kehidupan rakyat biasa dan menuntut pada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat serta mengambil tindakan … Continue reading Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang

Isytihar Darurat Iklim sekarang: Bertindak sebelum parah

Bumi kita sedang menghadapi kecemasan kerana ancaman krisis iklim yang semakin hebat. Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu menganggap ini sebagai satu keadaan darurat dan mengambil tindakan segera untuk menangani krisis iklim sebelum terlambat! Gelombang aksi mogok iklim yang hebat melanda lagi seluruh dunia pada bulan September lalu dengan jumlah peserta yang lebih besar, untuk menyuarakan … Continue reading Isytihar Darurat Iklim sekarang: Bertindak sebelum parah

Peparu dunia sedang dibakar

Hutan Amazon, hutan hujan tropika terbesar di dunia yang meliputi meliputi kawasan yang meluas di negara Brazil, Peru, Colombia, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana dan Suriname, sedang dilanda kebakaran yang serius, khususnya di kawasan hutan yang terletak di dalam negara Brazil. Kebakaran Huutan Amazon di Brazil, bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar di benua Amerika … Continue reading Peparu dunia sedang dibakar

Rakyat kata TIDAK pada Lynas

Lebih kurang 500 orang berhimpun di Taman Gelora, Kuantan, Pahang, pada 18 Ogos 2019 untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Kerajaan Malaysia yang melanjutkan lesen operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, berdekatan dengan Kuantan. Para peserta aksi perhimpunan membawa plakad dan sepanduk yang tertulis tuntutan rakyat yang menggesa Kerajaan untuk menghentikan operasi Lynas. Satu … Continue reading Rakyat kata TIDAK pada Lynas

PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang melanjutkan lesen operasi Lynas di Malaysia. PSM berpegang kukuh pada pendiriannya sejak setengah dekad lalu bahawa operasi kilang Lynas harus ditamatkan kerana risiko kesihatan dan alam sekitar. Membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di Malaysia merupakan sebuah pengkhianatan kepada rakyat dan alam sekitar. … Continue reading PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas