20190816 - Stop Lynas.jpgoleh Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang melanjutkan lesen operasi Lynas di Malaysia. PSM berpegang kukuh pada pendiriannya sejak setengah dekad lalu bahawa operasi kilang Lynas harus ditamatkan kerana risiko kesihatan dan alam sekitar. Membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di Malaysia merupakan sebuah pengkhianatan kepada rakyat dan alam sekitar.

Syarikat Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi untuk membina kilang proses nadir bumi kerana kosnya adalah 4 kali ganda lebih rendah berbanding di Australia. Kos yang ditanggung oleh Lynas adalah 4 kali ganda lebih tinggi kerana undang-undang alam sekitar yang sangat ketat di Australia. Australia enggan menerima sisa Lynas walaupun memiliki padang pasir ke-4 terbesar di dunia. Kerajaan Pakatan Harapan enggan menerima fakta tersebut dan terus meluluskan operasi Lynas termasuk membenarkan operasi “cracking and leeching” sehingga tahun 2023.

Dalam tempoh 4 tahun yang akan datang, Lynas bakal menjana lebih 1.3 juta tan sisa radioaktif water leach purification (WLP) dan 2,080,650 tan sisa kimia Neutralisation Underflow Residue (NUF). Maka, Malaysia terpaksa mengendalikan hampir 3.38 juta tan sisa kimia dan radioaktif pada tahun 2023.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menjadikan mandatori untuk Lynas membelanjakan 1% daripada hasil jualan kasar untuk penyelidikan (R&D). Namun, Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini telah membantu keuntungan Lynas dengan menggantikan perbelanjaan R&D dengan bayaran kepada kerajaan sebanyak 0.5%. Dengan ini Lynas akan menjanakan keuntungan tambahan sebanyak RM4.3 juta daripada penjimatan 0.5% berbanding perbelanjaan R&D mandatori. Jadi, Lynas akan mendapat keuntungan tambahan hampir RM100 juta dalam tempoh 23 tahun akan datang.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum telah memberikan pelepasan cukai 100% ke atas duti setem pembelian tanah dan memberikan RM1.2 juta daripada wang pembayar cukai kepada Lynas. Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM5 juta sebelum kilang Lynas beroperasi. Kerugian ini belum termasuk pelepasan cukai pendapatan kepada Lynas selama 12 tahun. Nampaknya, Kerajaan Pakatan Harapan tiada masalah untuk meneruskan insentif kewangan kepada pencemar seperti Lynas.

Tindakan Pakatan Harapan membenarkan Lynas untuk beroperasi telah menghantar satu mesej yang salah kepada dunia bahawa Malaysia bersedia menerima industri yang mencemarkan alam selagi industri sudi untuk mematuhi “prasyarat kosmetik” yang ditentukan oleh ahli politik.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM.

One thought on “PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s