Kerajaan Malaysia harus meminda undang-undang di negara kita untuk membolehkan setiap orang rakyat Malaysia yang bekerja di kedutaan asing di negara kita mempunyai hak untuk menyaman majikan mereka yang merupakan kedutaan asing itu sekiranya berlaku pemecatan kerja yang tidak adil.
Pekerja menang pampasan RM63,600 di Mahkamah Perusahaan kerana pemberhentian kerja tanpa alasan yang adil
Seorang pekerja yang dibuang kerja atas alasan “lebihan pekerja” menang kesnya di Mahkamah Perusahaan Malaysia Kuala Lumpur apabila Mahkamah memutuskan bahawa pemberhentian kerjanya dilakukan tanpa alasan yang adil, dan pihak syarikat harus membayar kepada pekerja tersebut sebanyak RM63,600.
Pengawal keselamatan dapat kerja semula
Satu kemenangan kepada seorang pengawal keselamatan sekolah apabila pihak sekolah yang memberhentikan kerjanya sebelum ini memintanya untuk bekerja semula di sekolah yang sama dengan tugas dan gaji yang sama.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Kerajaan AS: Akhirnya kes pemecatan pengawal keselamatan akan didengar di Mahkamah Perusahaan selepas 14 tahun
Selepas 14 tahun menanti, Subramaniam, seorang pengawal keselamatan biasa, akhirnya berjaya mengheret negara yang paling berkuasa di dunia ke mahkamah dan menang dalam pusingan ini.
Pembantu kejururawatan yang ditamatkan kontrak berjaya dapat pampasan
Seorang pekerja pembantu kejururawatan yang diberhentikan kerja secara terancang oleh majikannya mendapat pampasan selepas memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja.
Pemulihan kerja untuk pemandu lori yang dibuang kerja secara terancang
Seorang pemandu lori yang tidak diberi kerja dan gaji untuk 3 bulan mendapat pembelaan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) setelah membuat aduan mengenai pemberhentian kerja secara terancang oleh majikannya.
Pekerja Kinta Switchgear dikhianati majikan
Pekerja-pekerja sebuah syarikat pengeluar papan suis elektrik menanggung akibat kerana meletakkan terlalu banyak kepercayaan dan kesetiaan pada majikan mereka.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan majikan yang mangsakan pekerja: Hadiah Deepavali kepada pekerja manual yang tuntut hak
Sinar Deepavali yang bermaksud cahaya kemenangan mengatasi kegelapan memang amat bermaknya bagi Paramesparan tahun ini apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan majikan dan mengarahkan pihak majikan untuk membayar kepadanya pampasan sebanyak RM41,161 seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Buruh berserta dengan kos RM3,000.
17 pekerja hotel menang kes pemberhentian tidak sah semasa pandemik COVID-19
17 orang pekerja Hotel Mandarin Court yang diberhentikan kerja secara tidak sah pada tahun 2020, menang kes di Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur pada 30 September 2021, dan pihak syarikat diarahkan untuk membayar pampasan yang sewajarnya kepada semua pekerja berkenaan.
Pengawal keselamatan menang kes di Mahkamah Perusahaan Ipoh: Kontrak masa terhad tidak harus disalahgunakan
Majikan tidak boleh salahguna kontrak jangka masa terhad untuk pekerjaan tetap dan tidak boleh membuang kerja pekerja sewenang-wenangnya.