Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

(gambar arkib: Paramesparan semasa kesnya menang di Jabatan Tenaga Kerja Pelabuhan Klang pada 25 September 2020.)

SHAH ALAM, SELANGOR – 3 NOVEMBER 2021: Paramesparan, seorang pekerja manual yang membaiki mesin, mendapat hadiah Hari Deepavali pada hari ini apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan kemenangannya di Mahkamah Buruh dan mengarahkan majikan syarikat Ten Optimum (M) Sdn Bhd untuk membayar kepadanya pampasan sebanyak RM41,161 dan kos RM3,000!

Keputusan mahkamah hari ini disampaikan oleh Yang Arif Hakim Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim memutuskan untuk menolak rayuan yang difailkan oleh pihak majikan dengan kos RM3,000 atas alasan peguam majikan gagal memfailkan memorandum rayuan yang merupakan dokumen wajib.

Pihak pekerja diwakili oleh peguam En. Anirshad Chowdhury dari firma guaman Messrs A. J. Chowdhury yang amat bersimpati dengan nasib pekerja ini dan mengendalikan kes ini secara pro bono.

En. Paramesparan merupakan seorang pekerja manual yang membaiki mesin-mesin di kilang milik syarikat Ten Optimum (M) Sdn Bhd sejak tahun 2010. Pada bulan Mac 2020, apabila beliau berada dalam cuti tahunan, beliau dibuang kerja oleh majikan dengan alasan cuti tahunannya tidak diluluskan dan pekerja tidak hadir kerja tanpa pengetahuan pihak majikan. Pada hakikatnya, En. Param memang telah membuat permohonan cuti seperti apa yang lazim dilakukannya. Ekoran daripada itu, beliau telah hadir ke pejabat PSM Cawangan Klang untuk mendapat khidmat nasihat demi mempertahankan haknya daripada pemangsaan ini.

Atas nasihat PSM Klang, En. Param memfailkan kes buruh di Jabatan Tenaga Kerja Pelabuhan Klang. Beliau diwakili oleh Penyelaras Biro Pekerja PSM, M. Sivaranjani dan Nyee Wing Hoong, di Mahkamah Buruh. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes pemangsaan terhadap pekerja. Pihak majikan cuba untuk memperdayakan mahkamah dengan berkata bahawa pekerja ini adalah pekerja eksekutif dan tidak layak didengar kesnya di Mahkmah Buruh, tetapi permohonan daripada majikan tersebut telah ditolak. Mahkamah buruh kemudiannya memerintahkan pihak majikan untuk menjelaskan bayaran tuntutan faedah renti kerja sebanyak RM41,161. Pihak majikan yang tidak berpuas hati, telah merayu keputusan ini di Mahkamah Tinggi pada bulan September 2020. 

PSM Klang mengucapkan terima kasih kepada pihak peguam dan semua orang yang membantu dalam kes ini. Sinar Deepavali yang bermaksud cahaya kemenangan mengatasi kegelapan memang amat bermaknya bagi Paramesparan tahun ini.

==========

(Laporan oleh M. Sivaranjani)

M. Sivaranjani ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Klang.

3 thoughts on “Mahkamah Tinggi tolak rayuan majikan yang mangsakan pekerja: Hadiah Deepavali kepada pekerja manual yang tuntut hak

  1. Saya ingin bertanya mengenai kes saman saya kepada majikan. saya ada mengbuat aduan ke jtk mengenai tutuppan faedah penamatan kerja dari bulan 12. 2021 sampai sekarang belum ada peryesalan lagi. Dalam 1 minggu lepas majikan ada kol. Dan menawarkan duit 4000 untuk tarik kes. Sedangkan saya berkerja di situ selama dekat 20tahun. Saya tidak berpuas hati harus kah saya mendapat kan peguam untuk kes ni kerana bekas majikan saya mengambil peguam dan mengatakan saya tidak adil. Dah lah saya tidak mempunyai sebarang pencen kwsp pun majikan tak mencarum. Apa yang perlu saya buat minta pandangan.

  2. Hai saya nak tanya,saya bekerja di satu company ni cuma sign offerletter,dan offer letter mnyatakan 3 hari untuk resign bgi yg blom confirm,dlm masa sama saya terreset data whatapps kerana nak cari offerletter di phone company,boleh ke company saman kita sebab data di whatapps hilang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.