PSM mencadangkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Dwiparti di bawah Dewan Undangan Negeri Kedah untuk menyiasat kejadian banjir di negeri itu.
Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia
28 buah organisasi menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir, termasuk menghentikan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Seruan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) pada 20 Januari 2021. Memorandum ini bertepatan masa dengan krisis banjir baru-baru ini yang melanda kawasan-kawasan di negeri … Continue reading Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia
Kerajaan Kedah tidak patut bayar pampasan kepada pembalak
oleh M. Sharan Raj Kenyataan terkini oleh Menteri Besar Kedah bahawa Negeri Kedah perlu membayar pampasan RM1 bilion kepada kapitalis balak kerana menghentikan konsesi pembalakan di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda amat mengejutkan kami. Hutan Simpan Kekal Ulu Muda merupakan tunjang kehidupan rakyat, kerana ia membekal air bersih kepada lebih 4 juta rakyat di Perlis, … Continue reading Kerajaan Kedah tidak patut bayar pampasan kepada pembalak
Orang Asli Kampung Lawai tolak wang “sagu hati” dari pembalak
Komuniti Orang Asli Kampung Lawai yang terletak Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak, telah menolak pemberian wang “sagu hati” yang berkaitan dengan aktiviti pembalakan berdekatan dengan kampung mereka. Pada 3 Oktober 2019, dua orang penduduk Kampung Lawai, Halim Bin Ngah dan Isnin Bin Long ,telah memanggil semua penduduk Kampung Lawai untuk bermesyuarat di Dewan Adat Kampung … Continue reading Orang Asli Kampung Lawai tolak wang “sagu hati” dari pembalak
Hentikan projek pembalakan di Jalong Tinggi! – Bincang dengan masyarakat Orang Asli tempatan dulu
Masyarakat Orang Asli yang tinggal di 10 buah kampung di kawasan Jalong Tinggi, Perak, sedang menghadapi ancaman daripada projek pembalakan yang telah dilancarkan di kawasan berdekatan Kampung Lawai sejak dua bulan yang lalu. Sebuah syarikat sedang menggunakan jentolak untuk menebang habis pokok-pokok hutan di tapak yang sangat dekat dengan Kampung Lawai. Masyarakat Orang Asli di … Continue reading Hentikan projek pembalakan di Jalong Tinggi! – Bincang dengan masyarakat Orang Asli tempatan dulu
Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM
Oleh sebab pihak polis enggan membantu masyarakat Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak, untuk memulangkan wang "sumbangan" daripada syarikat pembalakan yang bersifat sogokan, maka Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah menyerahkan wang tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)! Susulan daripada aduan polis yang dibuat pada 20 Ogos 2019 di Ibupejabat Polis Ipoh, … Continue reading Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM
Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Sebuah syarikat pembalakan cuba menyogok komuniti Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak, tetapi menemui kegagalan apabila Orang Asli di situ enggan menerima wang sogokan. Pada Ogos 2019, seorang penyelia syarikat pembalakan yang bernama Afiq bersama taukenya mengunjung rumah seorang Orang Asli yang bernama Najib bin Alang di Kampung Ketled Pos Piah. Najib bin … Continue reading Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak, telah mendirikan sekatan jalan (blockade) untuk menghalang pembalakan di kawasan tanah adat mereka, tetapi menghadapi gangguan yang berterusan daripada pihak berkuasa dan syarikat pembalak. Pada 20 Julai 2019, pembalak telah merobohkan sekatan jalan yang didirikan Orang Asli dengan bantuan pihak polis. 3 orang daripada … Continue reading Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Tauke balak sogok Tok Batin untuk teruskan pembalakan
PUTRAJAYA - 3 SEPTEMBER 2018: Jeffry Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah & Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, telah membuat satu aduan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini, berkenaan dengan isu tauke balak yang sedang memberi sogokan kepada Tok Batin di sekitar kawasan Pos Lanai untuk mematahkan bantahan Orang … Continue reading Tauke balak sogok Tok Batin untuk teruskan pembalakan