20190829 - OA

Oleh sebab pihak polis enggan membantu masyarakat Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak, untuk memulangkan wang “sumbangan” daripada syarikat pembalakan yang bersifat sogokan, maka Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah menyerahkan wang tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)!

Susulan daripada aduan polis yang dibuat pada 20 Ogos 2019 di Ibupejabat Polis Ipoh, Najib Bin Alang selaku Pengerusi Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah yang membuat aduan polis tersebut telah terima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis di Balai Polis Lintang yang bernama Wan. Najib diminta untuk hadir ke situ pada petang hari itu. Wan enggan membantu komuniti Orang Asli Pos Piah untuk memulangkan semula wang yang dikatakan “sumbangan” daripada syarikat pembalakan.

Satu perbincangan telah diadakan berdekatan Balai Polis Lintang antara pihak komuniti Orang Asli Pos Piah dengan Afiq selaku penyelia syarikat pembalakan dan salah seorang taukenya. Afiq tetap enggan menerima semula wang yang telah diberikannya dan mengatakan bahawa jikalau komuniti Orang Asli Pos Piah tidak mahu menerima wang tersebut, berikan sahaja kepada sekolah.

Pada 28 Ogos 2019, Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah telah menyerahkan wang sejumlah RM1,150 tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

20190829 - OA1

Sehubungan dengan itu, pada pagi 28 Ogos 2019 juga, iaitu sebelum membawa kes wang sumbangan tersebut ke SPRM, Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah juga telah menyerahkan sepucuk surat kepada pihak Menteri Besar Perak bagi mengucapkan terima kasih atas keputusannya untuk mengeluarkan kenyataan dan menghentikan aktiviti pembalakan di Kampung Asal Tasek Cunex dan Kampung Sungai Papan. Bagaimanapun, Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah juga memohon dalam surat tersebut agar perkara yang sama dapat dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak di kawasan Pos Piah kerana sehingga kini aktiviti pembalakan masih berjalan, sementara pihak syarikat bertindak memberi “sumbangan” yang tidak disenangi dan dicurigai oleh masyarakat Orang Asli di situ. Surat daripada Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah telah diterima oleh 3 orang pegawai daripada Unit Pembangunan dan Seranta Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s