PSM menyeru pada Kerajaan Malaysia supaya membatalkan dengan serta-merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.
Pekerja pembersihan alami masalah tekanan jiwa kerana gangguan dan ancaman daripada syarikat Edgenta UEMS
Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu aksi protes pada 22 April 2021 di hadapan Hospital Seri Manjung, untuk menggesa Edgenta UEMS supaya menghentikan segala gangguan dan tekanan terhadap pekerja pembersihan di situ.
Pekerja pembersihan hospital gesa Menteri Kesihatan hentikan tindakan UEMS yang mangsakan pekerja
Pekerja-pekerja pembersihan hospital menggesa Menteri Kesihatan supaya mengambil tindakan segera untuk melindungi hak pekerja-pekerja barisan hadapan yang menjaga kebersihan hospital dan menghentikan pemangsaan pekerja oleh syarikat Edgenta UEMS.
Tontonilah dokumentari “Bila Kami Bersatu” di YouTube
“Kesatuan ada dalam tangan kami. Syarikat semakin takut. Pekerja sudah bangkit. Hidup Kesatuan!” Anda kini boleh menonton dokumentari penuh “Bila Kami Bersatu” di saluran YouTube.
Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan
(Siri “Malaysia Bekerja” - 3) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan perlu mengambilalih dan menambah pekerja penyelenggaraan seperti pekerja pembersihan … Continue reading Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan
Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner
Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memasukkan pekerja kontrak di hospital kerajaan dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Keputusan kerajaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pekerja pembersihan hospital kerajaan juga harus diiktiraf sebagai … Continue reading Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner
Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar
Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar, telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan. Kemenangan kes tuntutan oleh pekerja ini menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat UEMS yang merupakan kontraktor swasta … Continue reading Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar
Imbas kembali 2020: Perjuangan rakyat dan PSM
Ketika kita sampai ke penghujung tahun 2020 yang telah dihantui sepenuhnya oleh pandemik COVID-19 dan menyambut tahun baru 2021, marilah kita imbas kembali sepintas lalu beberapa babak perjuangan rakyat di Malaysia dan juga aktiviti yang penting untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) sepanjang satu tahun yang lalu ini. 1. Kesatuan pekerja pembersihan hospital lawan penindasan Kesatuan … Continue reading Imbas kembali 2020: Perjuangan rakyat dan PSM
JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner
PUTRAJAYA – 3 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini untuk menggesa pihak Kementerian supaya mengiktiraf perkhidmatan sokongan hospital (seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) sebagai sebahagian daripada barisan hadapan (frontliner) supaya mereka tidak dinafikan faedah yang diberikan kepada golongan frontliner, menyerapkan semua pekerja perkhidmatan sokongan … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner
Jangan anaktirikan pekerja pembersihan di hospital kerajaan
Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) amat kecewa dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang menafikan pengorbanan pekerja pembersihan di hospital kerajaan. Dalam sidang Dewan Rakyat pada 30 … Continue reading Jangan anaktirikan pekerja pembersihan di hospital kerajaan