“Kesatuan ada dalam tangan kami. Syarikat semakin takut. Pekerja sudah bangkit. Hidup Kesatuan!”

Anda kini boleh menonton dokumentari penuh “Bila Kami Bersatu” di saluran YouTube.

Dokumentari arahan Minxi Chua dan Asyraf Abd Samad yang ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan tiga orang wanita yang mengganggotai Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM). Mereka telah memperjuangkan secara kolektif untuk menuntut kenaikan gaji bulanan mereka kepada RM1,500.

Filem “Bila Kami Bersatu” mendokumentasikan pengalaman harian tiga orang pekerja wanita ini sebagai pekerja perkhidmatan hospital dan menyampaikan perspektif yang jarang dilihat tentang kehidupan wanita yang bekerja sebagai buruh bawahan di Malaysia. Filem ini juga mempaparkan kehidupan sebenar pekerja bawahan dalam sistem ekonomi yang semakin tidak samarata, di samping risiko politik dan sosial yang perlu diharungi mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka dan pekerja-pekerja yang lain dalam sektor pekerjaan pembersihan.

Filem ini merupakan salah sebuah karya yang pernah ditayang dalam Pesta Filem Kebebasan (Freedom Film Fest), pesta filem dokumentari hak asasi manusia dan sosial antarabang yang ulung di Malaysia.

Tontonilah dokumentari kisah pekerja “Bila Kami Bersatu” di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *